Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 12, 2015

Pemenjaraan Anwar: Hindraf nampak ke depan

Hindraf rayu Yang Dipertuan Agong beri pengampunan kepada Anwar Ibrahim
OLEH KUMARA SABAPATTY DI KUALA LUMPUR - 11 FEB 2015

Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy menyeru Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya memberi pengampunan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun yang dijalani sejak semalam.
 
Anwar yang juga Ketua Umum PKR dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
 
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menyeru ahli-ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengira ideologi bersatu menuntut pengampunan baginda.
 
Katanya, pengampunan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara terhadap Anwar akan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap undang-undang dan kehakiman negara.
 
"Harap para aktivis masyarakat tanpa mengira ideologi termasuk ahli politik bersatu menuntut pengampunan Tuanku yang disanjungi.
 
"Ramai percaya Anwar menjadi mangsa keadaan dan sebahagian konspirasi politik.
 
"Saya berharap faktor usia semasa serta sumbangan Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dapat dipertimbangkan dan diberi pengampunan segera," katanya kepada MalaysiaGazette. - MalaysiaGazette.

1 comment:

  1. Bukan minta ampun....kerana DSAI tidak bersalah..mohon pada Yg di Pertuan Agong..bebaskan DSAI kerana di aniaya...di zalimi...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa