Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 15, 2015

Warga Malaysia yang ‘hodoh’

06:30PM Feb 14
oleh Karina Bahrin

PENDAPAT: Ramai orang sering bertanya kenapa saya berpindah keluar dari Kuala Lumpur, dan bagaimana gadis bandar seperti saya mampu bertahan di pulau kecil yang tidak banyak pembangunan ini.

Baru-baru ini saya teringat tentang satu sebab - warga Malaysia.

Sejak berpindah ke sini saya seringkali dilanda dengan warga Malaysia bijak dan kosmopolitan yang tinggal di bandar telah menjadi sangat teruk. Saya mengusahakan perniagaan kecil di Langkawi hampir tiga tahun. Di dalam tempoh itu, manusia yang paling teruk saya pernah jumpa adalah kebanyakannya warga Malaysia, terutamanya yang datang dari KL atau Pulau Pinang. Ya, saya kata begitu.

Mereka inilah yang cuba selinap masuk lebih orang ke dalam bilik hotel mereka, tertangkap dan kemudian berang. Mereka inilah yang bekerja untuk anda, curi dari anda dan rakan sekerja mereka, dan kemudian berpura-pura yang mereka dilayan tidak adil. Mereka inilah yang menceroboh hartanah anda, kemudian mengugut untuk memukul anda apabila diminta untuk pergi. Mereka inilah yang berkasut tumit tinggi dari Bangsar yang dengan selamba berlari separuh bogel dan kemabukan di tengah jalan gelap, dan tidak berterima kasih kepada anda kerana menyelamatkan mereka dari diserang sekumpulan anjing liar. Sebentar, mereka juga meninggalkan ulasan buruk di TripAdvisor sebagai hadiah perpisahan selepas salah seorang dari mereka - ibu muda yang sangat mabuk - tidur di atas sofa ruang tamu anda dan bukannya di bilik hotel mereka kerana suaminya memukulnya.

Semua ini adalah kisah benar dan pelakunya semua adalah warga Malaysia. Dan tidak, mereka bukan datang dari kampung kecil. Mereka datang dari KL dan Pulau Pinang, dua bandar terbesar kita.

Ke manakah perginya adab dan budaya jujur, bertimbang rasa dan tolak ansur kita? Adakah kita ini telah tertipu dengan retorik warga senegara yang taksub dan kita menjadi pembenci? Atau adakah tekanan di bandar begitu hebat yang membuatkan semua benda yang kita lihat sebagai satu pertarungan survival siapa yang terhebat, dan keadilan itu satu perkara terkutuk?

Adakah korupsi telah menjadi satu norma kebiasaan yang membuatkan mencuri dan menipu itu perkara yang boleh diterima? Adakah rasa terhutang kita telah hilang dan membuatkan kita rasa boleh merompak hak orang lain? Adakah kita telah hilang akal atau kita telah hilang hati nurani?

Saya merasakn kita telah salah letak kompas moral kita. Kita telah terlalu banyak berbicara perkara negatif yang mungkin membuatkan kita percaya tiada gunanya menjadi baik.

Andai kita semua bangkit dan hidu bau busuk reput itu, mungkin masih ada sinar harapan kepada negara kita yang malang ini. Jika kita berhenti dan sedar yang berbuat salah itu bukanlah perkara yang betul, mungkin kita mash berpeluang tipis untuk membetulkan aliran takdir kita bersama.

Jika tidak, benarlah seperti yang sering saya katakan, kita hanya ada diri kita untuk disalahkan ke atas kemerosotan masyarakat kita dan tunggu masa saja sebelum anak-anak kita menjadi buruh asing di Indonesia. Lupakan saja Wawasan 2020, kerana kita telah menjadi ‘rabun jauh’.

Apa yang paling menjengkelkan saya adalah pelaku yang paling teruk adalah mereka yang bertumit tinggi - bertutur di dalam Bahasa Inggeris, penghuni bandar yang berpendapatan kelas pertengahan hingga pertengahan atasan yang sepatutnya telah “dibesarkan dengan baik”. Iya mungkin mereka begitu, tetapi telah lupa tentang pengajaran hidup. Atau mungkin juga mereka tidak. Saya masih ingat lagi dengan jelas seorang wanita muda di dalam lingkungan awal dua-puluhan yang ditangkap ketika cuba selinap masuk rakan ke dalam bilik hotelnya. Dia dengan segera menelefon ibunya yang kemudian memarahi kami kerana polisi penginapan kami, yang perlu saya ingatkan anda, ianya direka untuk memastikan keselesaan optimum dan keselamatan tetamu kami. Jelas sekali pada ketika wanita muda itu menjukkan adabnya, atau lebih tepat lagi, kekurangan adabnya.

Kepada lelaki penceroboh yang mengugut untuk lempang rakan niaga (seorang wanita) saya kerana meminta anda meninggalkan premis kami - saya mahu lihat anda cuba lakukan sebegitu apabila anda ceroboh hartanah orang lain di Damansara. Saudara, hanya kerana anda sedang bercuti tidak bermakna anda tinggal segala adab anda di rumah. Anda masih lagi seorang warga Malaysia, dan anda mewakili kita semua, dengan teruknya! Lagi pun, dalam kejiranan saya, warga negara dari pelusuk dunia lalu di hadapan pintu masuk kami, jadi kelakuan anda telah memberi kesan buruk kepada reputasi negara yang selama ini dikenali sebagai tempat yang selamat dan mesra untuk dikunjungi.

Lain kali jika anda terfikir anda boleh terlepas dengan perangai buruk, ingat ini - bandar kita ini kecil saja. Ini bermakna mungkin hanya ada tiga, bukan enam darjah yang memisahkan anda dengan orang yang telah anda buat salah. Jadi ya, seseorang yang anda kenal akan dengar tentangnya. Kemungkinan besar, seeorang yang anda ingin tarik perhatian. Mana tahu, orang itu bos anda. Atau wanita yang ingin anda nikahi. Atau bapa anda. Atau paling teruk sekali, anak anda sendiri.

Bijaklah, Malaysia. Kerana kecantikan mungkin hanya setebal kulit, tetapi ‘hodoh’ itu sekarang di dalam tulang kita.

Katrina mengusahakan hotel butik di Langkawi.
Artikel ini pertama kali disiarkan di dalam Focusweek, isu 13 Dis, 2014

4 comments:

  1. Betul kata nya.

    Rata rata orang kita saja yang ada duit sikit hasil dari kopi kopi jalanan hidup mereka.

    Nak keya ber gaya mesti kerja kuat tetapi ikut jalan pendek gagal tukar sikap dan pemikiran mereka.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  2. Inilah tamadun Melayu yang sedang terbentuk. Pada masa hadapan, orang Melayu akan lebih dikenali sebagai tidak bertamadun, tidak berbudaya tinggi dan berakhlak rendah walapun taraf ekonominya meningkat. Semuanya bermula dengan pendidikan di rumah. Ya, di rumah...

    ReplyDelete
  3. Artikel yg menarik .Cuma kurang setuju kalau dikatakan Langkawi hanya ada sedikit pembangunan,Sebenarnya terlalu banyak yg membangun di sini.Hingga keasliannya juga banyak telah ternoda kerana kerakusan pemodal.Pulau ini hanya kecil sedikit dari Singapura

    ReplyDelete
  4. Ni d sertai dgn kekayaan cepat melalui pelbagai skim cepat kaya dan mlm ... Depa lupa yg depa tu dpt kekayaan hasil dr menjual dgn cpt n pandai ckp tp akhlaknya ,,... Allah jua yg tau... Ni le keadaan skrg yg berlaku kat malaysia....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa