Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 15, 2015

Ramalan yang menyedapkan hati pembangkang?

BN akan kalah PRU nanti – Tun M
 | March 14, 2015
Duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini.
mahathir bnPETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkakan isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi kemelut sekarang bakal menyumbangkan kepada kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut bekas Perdana Menteri, rakyat tidak berpuas hati dengan isu 1MDB dan memperkatakan mengenainya dengan menjurus kepada perasaan tidak puas hati terhadap BN.
“Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna,” katanya dalam entri terbaru blog chedet.cc.
Menurut beliau, UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari ketua-ketua bahagian UMNO pada 8 Mac lalu dan “Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.”
Beliau menambah, “Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.”
Dr Mahathir menegaskan, hutang yang ditanggung oleh 1MDB bukan “biasa” yang berjumlah ratusan juta tetapi mencapai puluhan billion ringgit, malah kerajaan turut menjadi penjamin kepada beberapa hutang syarikat pelaburan itu.
“Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat,” katanya.
Menurut Dr Mahathir, tuduhan yang dibuat terhadap 1 MDB bukan bersifat melulu kerana ia disertai dengan fakta yang jelas membabitkan jumlah hutang, pengurus hutang, penerima wang berjumlah billion ringgit, pelaburan dan simpanan.
“Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood,” katanya.
Bekas Perdana Menteri menambah, “Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG (Akauntan Negara).”

2 comments:

  1. Hi,

    I would like to let you know that we are selling high PR Tumblr
    blogs. I think as a webmaster, you know the importance of having
    backlinks from high PR blogs. And you also know how costly it can be to have
    backlinks to this high PR blogs.

    Well I would like to inivte you and take a look at our offer.
    At very cheap price, you can have your own high PR Tumblr were you can use as backlinks to your site.


    If your interested, please visit: http://bit.ly/highprtumblr

    Thanks

    My page: Cheap High PR Tumblr Blogs

    ReplyDelete
  2. Wahai Madey... mmg akan kalah pun PRU akan dtg..Tak payah menyalak mcm anjing menyalak bukit.. Kalau betul kalah pun ko jugak yg susah nanti. Jgn ingat dh pencen pun ko tak terlepas dr salah & dosa ko pd rakyat. Jgn pulak bila tiba masa PRU14 ko pulak koner sokong BN.. kalau dasar ular kepala dua.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa