Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 13, 2015

Kekayaan keluarga sendiri bagaimana?

Kalau Najib perlu disiasat, adakah kelauraga Mahathir perlukah membutakan mata?
Adakah Mahathir dan anak-anaknya papa kedana?
Sekiranya jujur, kedua-duanya perlu dipersoalkan!

Adakah dia ingat semua rakyat bermata buta, bertelinga tuli?
Aku bukan nak bela Najib tapi kenapakah situa ini hanya nampak orang lain saja?

Dr Mahathir ungkit kekayaan keluarga Najib
mk - 2:21PM - 13 Mar 2015

Dr Mahathir Mohamad hari ini meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri.

Bekas perdana menteri mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat.

Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza.
"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi.

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan?

"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana?

"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan.

"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya hari ini.

"Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan AS$700 juta daripada 1MDB."

Bagaimanapun 1MDB dan Jho Low menafikan sebarang salah laku dalam urus niaga mereka.

Perdana menteri juga menafikannya dan bercadang menyaman akhbar PAS Harakah atas dakwaan, antaranya, anak tirinya mendapat dana 1MDB.

Sementara itu, pada jam 4.30 petang, semakan Malaysiakini menunjukkan blog popular itu CheDet.cc tidak dapat diakses.

Apabila cuba akses, tertera perkataan "this account has been suspended" atau akaun blog ini telah digantung. Puncanya masih belum dapat dipastikan.

Malaysiakini gagal mendapatkan reaksi pegawai Dr Mahathir berhubung masalah ini.

6 comments:

  1. En. Admin.....Kenapa ha kat Mesia ni kalu jadi PM keturunan dia misti masuk dalam senarai jutawan terkaya di Mesia? APA agaknya ilmu yg mereka pakai?

    ReplyDelete
  2. anak pinak dia tak cukup kaya lagi kut buat buat serang konon ada benda
    lain kut nak disangkut
    bukan boleh harap matde ni
    tengok cara dia pertikai tu nampak macam mendalam tapi dalam kes toya tak pulak dia pertikai
    awat macam tu

    ReplyDelete
  3. Maha Firaoun tak boleh di per soal.

    Hanya TOHAN saja boleh soal Maha Firaoun.

    Melayu kalau tak jadi lahanat aniaya bangsa tuk kaya ber gaya tak boleh.

    ReplyDelete
  4. bukan dua lanun ni sj. ramai lg lanun drpd umno dan bn yg kaya raya perlu disiasat. jgn terpedaya dgn sandiwara lanun. geng ustaz masih nak bergabung dgn lanun2 ni?

    ReplyDelete
  5. Do you mind if I quote a couple of your posts as long as I provide credit and sources back to your weblog?
    My blog is in the exact same niche as yours and my users would really benefit from some plenty of fish dating site of free dating the information you provide here.

    Please let me know if this okay with you. Thanks!

    ReplyDelete
  6. Right here is the perfect web plenty of fish dating site of free dating for anybody who wants to understand this topic.
    You understand a whole lot its almost hard to argue with you (not that
    I actually would want to…HaHa). You definitely put a brand new spin on a subject that's been written about for many years.

    Great stuff, just great!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa