Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 15, 2015

Kenapa tidak diubah saja nama kepada Parti Ulamak SeMalaysia?

Keahliannya hanya terbuka kepada ulamak dan rakyat Malaysia yang berpendidikan agama sahaja!

Muktamar Pemiilihan PAS: Peringatan sekali lagi, pemimpin perlu ulama – Haron Din
BY  · SUNDAY, MARCH 15, 2015 -03-15 07:00:12'

Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sekali lagi mengingatkan ahlinya bahawa parti Islam itu wajib dipimpin oleh ulama.
Haron berkata, dasar kepimpinan ulama dalam PAS tidak dibuat oleh Syura (Majlis Syura Ulama) kerana ianya belum wujud ketika ketetapan itu dibuat.
“PAS mesti dipimpin oleh ulama. Saya nak ingatkan itu bukan pandangan saya dan nak sedarkan ahli bahawa dasar kepimpinan ulama tidak dibuat oleh Syura (Majlis Syura Ulama) kerana Syura tidak ada ketika itu, belum tubuh lagi.
“Dibuat kerana nak menyatakan bahawa PAS perlu dipimpin oleh seorang ulama yang faham dasar, faham Quran dan sunnah,” katanya dipetik Harakahdaily.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub semalam dilaporkan sebagai berkata kini sudah tiba masanya parti itu melalui perubahan pucuk pimpinan untuk menjadikannya sebuah pertubuhan politik yang matang dalam berdepan pelbagai cabaran semasa.
Menurutnya, perubahan pucuk pimpinan perlu dilihat daripada aspek positif kerana ahli parti semakin berani menyuarakan pandangan serta hasrat mereka.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin berkata terdapat ‘ustaz-ustaz’ yang suka mengampu dan tidak menegur Datuk Seri Abdul Hadi Awang, jika Presiden PAS itu membuat kesalahan politik.
Katanya, gejala itu semakin membarah dalam PAS dan kini menjadi masalah utama yang sedang merosakkan PAS.
Justeru, Haron berkata sekiranya wujud usaha mahu menukar kepimpinan ulama maka ia harus dibuat melalui muktamar parti.
“Maka selagi tidak ubah keputusan muktamar, Syura sendiri tak boleh ubah. PAS Pusat pun tidak boleh ubah. Kalau mereka ada keinginan nak menukar kepimpinan yang tidak semestinya ulama, perkara itu mestilah dibawa balik usul ke dalam muktamar, pinda dulu keputusan. Kalau dah pinda keputusan, barulah boleh kepimpinan bukan ulama bertanding memegang jawatan Presiden. Jika tidak, kita melanggar keputusan.
“Itu tafsiran yang nyata dibuat tentang kepimpinan ulama, maka ulamalah yang menjadi Presiden. Itu ketetapan muktamar. Muktamar ini badan tertinggi dan bila muktamar buat keputusan, maka kekallah keputusan itu sehinggalah muktamar sendiri mengubah.
“Saya faham muktamar tidak ubah, maka wajib beramal dengan keputusan muktamar itu,” katanya.
Bagaimanapun, Haron berkata beliau tidak menafikan peranan golongan profesional dalam perjuangan parti itu.
“Kitapun tak boleh nafikan adanya golongan ulama dan golongan profesional.
“Dua golongan ini dikatakan gandingan yang cukup mantap. Yang satu menampung kekurangan antara lainnya begitu sebaliknya. Kekurangan yang memang pasti ada, ditampung antara satu sama lain. Itu kalau berlaku kerjasama erat, dengan niat baik untuk menggembleng tenaga bagi mengukuhkan parti.
Namun, ujarnya akan wujud masalah jika kepimpinan tertinggi parti ini diambil alih oleh golongan tersebut.
“Tapi sekiranya ada, tetapi saya harap tidak adalah golongan yang sengaja nak mengenepikan ulama, kalau ada golongan profesional ambil alih kepimpinan, itulah yang akan menimbulkan masalah, yang saya sebut awal tadi seperti telah melanggar ketetapan yang dibuat oleh Muktamar sendiri pada tahun 1982, di Dewan Bahasa dan Pustaka.
“Ketika itu berlaku krisis kepimpinan juga yang berakhir dengan keputusan PAS hendaklah beramal dengan kepimpinan ulama. Sejak daripada itulah maka PAS telah diserahkan Presidennya kepada ulama. Ketika itu krisis kerana Datuk Asri menjadi Presiden.
“Ada pihak tidak senang dengan dia, dia sendiri dijatuhkan maka dipilih Haji Yusof Rawa, seorang ulama. Lepas itu Datuk Fadzil Noor juga seorang ulama, kemudian beliau meninggal dipilih pula Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,” tegasnya.
Tambahnya, muktamar adalah badan tertinggi dan apabila ia membuat keputusan, maka kekallah keputusan itu sehinggalah muktamar sendiri mengubahnya.
“Itu tafsiran yang nyata dibuat tentang kepimpinan ulama, maka ulamalah yang menjadi Presiden. Itu ketetapan Muktamar.
“Muktamar ini badan tertinggi dan bila muktamar buat keputusan, maka kekallah keputusan itu sehinggalah muktamar sendiri mengubah,” katanya.

16 comments:

  1. Kita berharap agar Haron Din sendiri mnengeluarkan satu kenyataan bahawa semua pengikut yang bukan ulamak dibuang dari parti Pas.biar yang tinggal dalam Pas adalah berklelulusan agama dan pondok sahaja,dan Pas tak payah terima yang hendak masuk jadi ahki pas yang tidak ulamak.

    ReplyDelete
  2. Kita berdoa agar belaiu tidak jadi perosak Pas,Apa perasaan peminpin yang bukan ulamak apabila membaca dan mendengar apa yang dikatakan oleh haron din ini.Padahal merekalah yang selama ini berjuangn untuk meramaikan ahli Pas.Kita tanay apa jasa haron din dalam memajukan Pas?.pertanding di negeri sendiripun tak bolih menag.bgaiman nak kawala Pas selueruhnya,

    ReplyDelete
  3. Kita berdoa agar belaiu tidak jadi perosak Pas,Apa perasaan peminpin yang bukan ulamak apabila membaca dan mendengar apa yang dikatakan oleh haron din ini.Padahal merekalah yang selama ini berjuangn untuk meramaikan ahli Pas.Kita tanay apa jasa haron din dalam memajukan Pas?.pertanding di negeri sendiripun tak bolih menag.bgaiman nak kawala Pas selueruhnya,

    ReplyDelete
  4. sakit hati bila baca statemant(WAJIB) harun din ni.betul tu tukar ja la nama.masa almarhum tgna jadi M.A tak pula kuar statemant gaya tu.keliru dah aku jadinya.hilang respek aku ngan puak2 ni.seolah2 puak yang bergelar ulama boleh cakap bab tu.yang bukan bergelar ulama(profesianol)tidak boleh.

    ReplyDelete
  5. Bila muktamar putuskan supaya PAS kekal dan perlu kukuhkan Pakatan Rakyat...taknak pulak beramal dengan keputusan muktamar malah terhegeh2 jadi broker utk bergabung dgn UMNO dan presideng cuba pula khianati PR dgn sokong TSKI yg dipecat!..tapi dlm hal nak kekalkan jawatan utk tujuan 'jual parti dan sokongan' pada UMNO maka semua ahli mesti beramal dengan muktamar?...kluk klek punya statement macam presideng jugok...

    ReplyDelete
  6. Kalau sudah ketahui kelemahan masing-masing samaada ulama atau profesional kenapa tidak boleh menerima teguran demi kebaikan bersama tapi sebaliknya yang berlaku sepatutnya ulama yang menegur secara berhemah bukannya memaki dengan kata-kata yang tidak mencerminkan diri kita sebagai seorang alim atau ulama yang disegani masyarakat,jadi pada musyidul yang baru ini janganlah hanya pandai berfatwa itu dan ini dengan ahli bawahan yang mungkin hanya boleh dengar tapi tidak boleh bersuara secara teguran ,usahlah bergantung sepenuhnya pada perwakilan muktamar kerana mereka yang mewakili ahli bawahan kepersidangan itu pun belum tentu lagi akan didengar rugutan dan usulan dari ahli bawahan yang bertungkus lumus bekerja demi untuk memenangkan wakil yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan yang tidak mahu mendengar teguran dari kami yang bawahan ini.Renung dan renung wahai mursyidul sebelum bercakap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harun Din dah mamai.. keputusan muktamar nak kukuhkan pakatan dia jadi kepala yg nak cabul keputusan

      Dlm bab jawatan tahu pulak dia nak junjung keputusan muktamar. Dasar hati berbolak balik. Ini ke org yg gelar diri dia ulamak. Ulamak masuk bakul angkat sendiri.

      Malulah dgn sikap dan hujah ulamak macam ni.

      Delete
  7. Kita tidak pertikai ulamak atau professional tapi tindak tanduk jadi persoalan tolinglah mengerti dalam iau Kali ini janganlah banyak me repel.

    ReplyDelete
  8. Salam, sememangnya pada asal mulanya, ia adalah Parti Ulama Semalaya.Kemudian apabila menyedari perlunya penglibatan dari kalangan yg bukan ulama, maka ianya ditukar kpd Parti Islam SeMalaya. Malangnya sekali kalau konsep yn sekarang ini mahu berpatah balik ke belakang pula!

    ReplyDelete
  9. Napa masa ada jawatan dalam kerajaan tidak menentang sistem koata haji?
    Bukankah ini satu cara mensyirikkan umat islam.
    Mekah tu rumah Allah,masuklah sebanyak manapun ia takan sempit malah Allah akan permudahkan lagi.Begitu juga orang yang sakit dilarang tunaikan haji sedangkan dalam sakit pun diwajibkan solat,sedangkan ibadah haji ni juga wajib bagi yang mampu untuk memsucikan diri rohani dan jasmani.
    Baik dalam kerajaan maupun dalam pas takda pun ustaz ni nak tegur atau beri prnjelasan.
    Bila dah jadi Mursyidul pas baru sibuk nak paksa ahli pas sokong golongan ulamak saja.
    Ha ha ulamak hari pun mengkastakan ilmu akhirat. Cuba lihat sekeliling ada ulamak yang sanggup korbankan masa,tenaga,harta dan ilmu akhirat bertemu orang miskin harta ,masa untuk diajarkan ilmu akhirat tanpa dibayar.
    Kalau dah orang islam yang miskin pun puak ulamak ni tak mau bantu inikan pulak penyokong Pas non muslim yang dah duduk berpayung dibawah pati Pas ni.
    Mana badan penerangan khas kebaikan syariat islam untuk diterangkan pada penyokong pas yang Sudah ada beribu orang?.

    ReplyDelete
  10. PAS jadi bahalol gaya nya jika ulamak pil kuda di angkat jadi ulamak presiden

    Biak lantik Mamak !!!!

    ReplyDelete
  11. setuju sngt dgn harun din. untuk jangka panjang sgt baik. jika tdk nnti ada pembunuh jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  12. Minta kepimpinan PAS yg ada supaya menyenaraikan nama-nama ulama dlm PAS supaya kami kenal siapa yg ulama dan siapa yg bukan. Kemudian publishkan dlm media, bukankah mudah begitu dan tak payah gaduh-gaduh! Jika boleh biarlah PAS hanya disertai oleh ahli-ahli yg bertaraf ulama shj, yg bukan ulama pergilah main jauh-jauh, ada faham?

    ReplyDelete
  13. Semua ahli PAS patut bersyukur kerana parti kamu semua (PAS) telah ditakdirkan akan dinasihati oleh seorang Musyidul Am yang bertaraf korporat serta bertaraf jutawan Malaysia yang cukup mewah. Cuma yang kurangnya adalah beliau adalah orang baru dalam PAS dan langsung tidak pernah menang di sebarang PRU. Untuk golongan pemimpin penyangak dan perompak di dalam UMNO, mereka boleh meninggalkan UMNO sekarang dan membuat permohonan masuk PAS kerana aktiviti mereka merompak dan menyamun rakyat boleh diteruskan bersama kepimpinan korporat Dr Harun Din. Bagi adik perempuan beliau yang menjadi pengikut setia Abuya Assari (arwah) kini boleh kembali ke pangkuan keluarga kerana abang kamu sudah jadi macam "broker saham" UMNO di negara 1Malaysia ini.

    ReplyDelete
  14. tok guru nik aziz tak dok
    bekuca wok yoh abis puok2 ni
    haron din nge peranga ug dio
    mampuh la pas lagu ni gak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa