OLEH KUMARA SABAPATTY DI KUALA LUMPUR - 15 MAR 2015 (31 MIN AGO
Presiden baru Majlis Peguam Steven Thiru kecewa dengan sikap Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang memohon injunksi untuk menghalang usul ahli Majlis Peguam, Thommy Thomas terhadap beliau dalam kes liwat Anwar Ibrahim dibincangkan di Mesyuarat Agung Tahunan ke-69 Majlis Peguam semlam.
Katanya, Muhammad Shafee sepatutnya tampil mengemukakan usul dan berdebat bersama ahli-ahli dan menjelaskan perkara tersebut.
"Contohnya kumpulan Peguam G100 membawa usul meminta bekas Presiden Christopher Leong menarik balik dan memohon maaf terhadap kenyataannya bertajuk Anwar Ibrahim didakwa atau dianiaya bertarikh 11 Februari lalu.
"Ia dibincang dalam mesyuarat Agung Tahunan dan keputusan dibuat iaitu ditolak. Sepatutnya Shafee yang sebelum ini berkata beliau sedia berdebat dengan mana-mana pihak tetapi tidak hadir," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Agung Tahunan ke-69 majlis itu dihadiri 1904 ahli di sini semalam.
Dalam mesyuarat itu sebanyak 12 Usul dibawa yang mana usul bincang kelakuan Shafee ditarik balik disebabkan perintah injunksi mahkamah manakala usul menggesa bekas Presiden Christopher Leong pula ditolak dengan disokong majoriti 1194 undi.
Steven Thiru dipilih sebagai Presiden baru menggantikan Christopher Leong bagi penggal 2015 hingga 2016 dalam mesyuarat Majlis tertinggi Majlis Peguam dianggotai 38 orang petang hari ini.
Tambah Steven Thiru, pihaknya juga sedang meneliti peruntukan unddang-undang untuk merujuk Shafee ke lembaga tatatertib sebuah badan bebas untuk salaku profesional peguam.
"Kalau ikutkan situasi normal, Majlis Peguam jika menerima aduan akan memanggil peguam berkenaan (Muhammad Shafee) tampil memberi penjelasan atas kelakuannya, jika tidak berpuas hati dengan keterangan, maka akan dirujuk lembaga tatatertib sebuah badan bebas.
"Kita bagaimanapun perlu terlebih dahulu mengkaji kemungkinan, tetapi belum boleh bertindak lagi, dan satu keputusan akan diambil yang mungkin mengambil proses agak lama..sekurang-kurangnya sebulan. Tetapi buat masa sekarang kami tidak boleh membuat keputusan muktamad.
"Lagipun kami dimaklum mengenai injunksi yang diperolehi beliau (Muhammad Shafee) lewat petang semalam.
"Maka kami dalam tempoh 21 hari injunksi itu akan mendapatkan nasihat peguam dalam majlis untuk mencabar dan mengenepikan injunksi itu sebelum bertindak lanjut," katanya lagi.
Biar Buku ber temu Ruas
ReplyDeleteSekarang biar Biawak lawan dengan Biawak , baru betul cerita nya.
Yg Si Shafee inipun satu hal juga, dia sendiri yg menghebohkan isu perbicaraan setelah mahkamah buat keputusan dibolehkan pula. Bila Majlis Peguam nak menceritakan kelakuan dirinya pasca perbicaraan pandai pula menyorok di bawah ketiak hakim, poorahlah lu Shafee!!! Shafee, lu memang peguam bacul!!!
ReplyDelete