OLEH JULIA YEOW, PENGARANG BERITA
Published: 15 March 2015 10:54 AM
Seorang peniaga wanita sabar menunggu kedatangan pelanggan di Pasar Besar Siti Khatijah, Kota Baru, Kelantan. Walaupun secara luaran kehidupan penduduk di Kota Baru sudah kembali seperti sedia kala selepas kejadian banjir buruk yang lalu, mereka mengeluh kerana terdapat beberapa harga barangan makanan tertentu naik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Mac, 2015.
Ketika kerajaan negeri Kelantan bersedia membahaskan pindaan kepada undang-undang Syariah pada Rabu ini, bagi membuka jalan kepada pengenalan semula hudud, tumpuan kini kembali tertumpu kepada negeri Melayu yang konservatif ini.
Kelantan hampir secara eksklusifnya diperintah PAS, parti Islam yang beberapa kali cuba – kali terakhir pada 1993 – melaksanakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.
Hakikat yang ia merupakan agenda PAS sejak awal bagaimanapun tidak membuatkan menjadikannya topik membosankan bagi negara dan isu hudud masih menarik perdebatan.
Tetapi berlatar belakangkan suasana ekonomi negara yang semakin tidak menentu dan banjir yang paling teruk dalam sejarah moden melanda negeri itu akhir tahun lepas, lebih ramai rakyat Kelantan yang mahukan pemimpin mereka – dan pemimpin lain di negara ini – mengalihkan fokus mereka daripada hudud kepada isu keperluan asas.
"Semua perbincangan dan kekecohan tentang hudud ini hanya orang luar Kelantan yang kisah," kata Gan Jun Qi, 30, yang memiliki kedai kopi yang popular di Kota Baru.
"Ia bukan sesuatu yang orang sini fikir atau bualkan. Kami lebih kisahkan ekonomi, harga barang yang meningkat selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan bagaimana hidup kami akan terjejas disebabkan semua ini."
Sementara keadaan pasca banjir di Kota Baru kini semakin pulih, masih dapat dilihat tinggalan banjir Disember lepas di jalanan, seperti kesan air lumpur di dinding rumah dan kedai serta bekalan makanan yang berkurangan termasuk ikan dan sayur.
"Kesan banjir kali ini melibatkan semua orang," kata Rosnita Nordin, pesara kakitangan awam yang sedang membeli belah di pagi minggu di pasar Kota Baru.
"Harga ikan naik sebab nelayan kita ramai yang kehilangan bot dan tempat tinggal. Masih tidak pasti akan datang apa yang akan jadi," katanya.
Pembangunan ekonomi dan infrastruktur, atau ketiadaan pembangunan itu, selama ini menjadi faktor utama yang menjadi perbalahan dalam pemerintahan PAS di negeri itu.
Parti itu mengumumkan peruntukan sebanyak RM281.61 juta bulan lepas untuk pembangunan 2015, jumlah yang dilihat orang ramai sangat kecil dalam keadaan kemiskinan infrastruktur sedia ada di negeri tersebut.
Kelantan kekal sebagai salah satu negeri paling miskin di negara ini, dan ekonominya yang berasaskan pertanian sebahagian besarnya kekal lembap.
Keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahunannya tumbuh 3.6% pada 2013, ketinggalan di belakang pertumbuhan KDNK negara pada 4.7%. Purata pendapatan bulanan keluarganya antara yang paling rendah pada 2012, iaitu RM3,168.
Tetapi, bencana besar hujung tahun lalu menarik perhatian paling jelas tentang kekurangan pembangunan moden yang ketara di Kelantan.
Banjir itu menyebabkan kerugian dan kerosakan infrastruktur bernilai kira-kira RM200 juta, dan ratusan juta lagi akan diperlukan bagi membina semula kehidupan lebih 200,000 orang mangsa di pusat pemindahan.
“Pemimpin kami baik, mereka takut Tuhan,” kata Rosnita.
“Tetapi, hidup tak senang macam dulu, dan kami harap mereka boleh lakukan lebih lagi untuk membantu rakyat."
Yang lain bagaimanapun, tidak begitu berlapik dalam menilai kepimpinan negeri.
“Kerajaan negeri hanya pentingkan isu berkaitan agama," rungut Abdul Rashed Abdul Mamat, 62, seorang pemandu teksi yang dilahirkan dan dibesarkan di Kota Baru.
“Mereka terlalu acuh tak acuh dalam soal pembangunan. Setiap kali banjir datang dan pergi, mereka kata ia kerja Tuhan dan kita kena terima sebagai sebahagian hidup kita," katanya.
“Tetapi kenapa kita perlu terima sahaja tanpa berbuat apa-apa? Banyak negara di bawah paras laut, banyak bandar berdekatan pantai, tetapi mereka tak kena banjir macam kita. Kenapa kita tak boleh belajar dari mereka?"
Bagi Raja Shamri Raja Husin, seorang sukarelawan yang aktif menyalurkan bantuan semasa banjir baru-baru ini, kini masanya untuk politik diketepikan sementara bagi membolehkan isu yang lebih 'praktikal dan mendesak' diberi keutamaan.
Katanya, ribuan penduduk Kelantan masih tidak berumah dua bulan selepas paras air surut, dan isu hudud begitu jauh kaitannya dengan sentimen sebenar rakyat negeri itu.
"Hudud ialah mainan politik dan alat media," katanya kepada The Malaysian Insider.
“Apa yang lebih penting dan mendesak sekarang bukannya hudud, tetapi ekonomi, pengangguran dan banyak lagi," kata Raja Shamri, yang masih menyalurkan bantuan ke pedalaman Kelantan yang memerlukan makanan dan bantuan membina semula rumah dan kehidupan mereka.
“Ada bayi yang perlukan susu, kanak-kanak tak cukup pakaian kering dan keluarga tinggal di pondok usang.
"Inilah isunya, bukan hudud yang pemimpin mesti lihat sekarang." – 15 Mac, 2015
Nak kata bodoh...bangang...nk kata bangang...bengap...nk kata bengap...tolol...nk kata tolol...bengong..mcmla nk laksana hudud ni memkn belanja berbilion2...tapi oleh sbb hati tu dh hitam berkarat...maka dn mudah percya kpd olahan2 tulisan org2 kapir.....bila nama allah pun sanggup gadai...apa lg yg x sanggup gadai...
ReplyDeleteNak kata bodoh...bangang...nk kata bangang...bengap...nk kata bengap...tolol...nk kata tolol...bengong..mcmla nk laksana hudud ni memkn belanja berbilion2...tapi oleh sbb hati tu dh hitam berkarat...maka dn mudah percya kpd olahan2 tulisan org2 kapir.....bila nama allah pun sanggup gadai...apa lg yg x sanggup gadai...
ReplyDeleteNasib baik kai x lahir sezaman dgn nabi...klu x mau kau ckp kt nabi...x blh keluar perang badar....senjata x ckp...org dh la x ramai...miskin2 belaka...sape nk carik makan utk keluaga merek klu mereka kuar berperang...ada je alasan2 atau hasutan2 utk memberi was was pd masyarakat. Seronok2 dulu sementara nyawa dibadan.
ReplyDeleteRakyat Kelantan sedar jaja jaja agama tak boleh cari makan , jauh sekali kenyang kaya ber gaya
ReplyDeletetetapi bebudak bahalol hanya tahu dapat jawatan dengan jaja jaja agama saja.
Banjir atau apa apa jua bencana bukan alasan untuk menunaikan syariat Allah, sembahyang dan puasa wajib keatas kita walau apa jua keadaan sekalipun sama juga dengan hudud. Dah ada usaha jangan lah pulak kita asyik menyibuk dengan usaha mereka. Melainkan bagi
ReplyDeletegolongan yang merasakan sembahyang dan puasa itu tidak menjadi kewajipan keatas mereka maka timbul lah tentangan seperti ini. Adakah kita tergolong dalam golongan ini? Admin?
Anon 4:22. 4:26 4:35 pm (beruk yg sama)
ReplyDeleteKalau bukan berbelanja berbilion-bilion berapa rupiah perbelanjaan bagi melaksanakan Hudud? Kalau adik mung mencuri, maka panggil Hadi Awe terus bawa kapak dan potong tangan adik mung (kos tak sampai 25 rupiah}. Nak keadilan melalui Hudud yang diletakkan di bawah perundangan Sir Lord Ridd? Undang-undang konvensional pun Razak Baginda boleh terlepas dari motif pembunuhan Al-tantunya. Bercakap jangan gunakan otak yang di kepala "butuh". Ok?
anon 4.22 jawab merapu ...........berhujjah mcm org mabuk todi..........penuh emosi, maki hamun dan unsur seks.......ni mesti geng admin. tak semudah tu hukum org ............tanpa bicara dulu dan sabit kesalahan.
ReplyDeletePembetulan
ReplyDeleteanon 10.07 jawab merapu ...........berhujjah mcm org mabuk todi..........penuh emosi, maki hamun dan unsur seks.......ni mesti geng admin. tak semudah tu hukum org ............tanpa bicara dulu dan sabit kesalahan.