Tahun 2002 cabang TUDM tidak mengambil calon perempuan menjadi juruterbang dari ATMA/UPNM sedangkan inilah cita-citanya sejak dari kecil......
Jadi bila graduate dari situ, Along tercampak ke Kota Kinabalu sebagai pegawai Navy
Maknanya cita-cita Along untuk menjadi Juruterbang jet pejuang terbantutlah di situ
Namun begitu sebagai seorang bapa tetap bangga dengan apa yang Along capai sekarang.......
Juruterbang jet pejuang jelita tarik perhatian
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Mac 2015
EMPAT Juruterbang pesawat tempur wanita China menarik perhatian ramai di laman sosial baru-baru ini kerana gaya persis model.
Lebih mengujakan, empat wanita jelita ini akan mengadakan persembahan udara pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi ke 13 (Lima) yang akan berlangsung di Langkawi dari 17 hingga 21 Mac ini.
Menurut Jurucakap Tentera Udara China, Shen Jinke, keempat-empat juruterbang tersebut akan mengendalikan pesawat tempur J-10 pada persembahan di Malaysia.
Yu Xu, Tao Jiali, Sheng Yifei dan He Xioli adalah wanita China pertama yang akan beraksi dalam persembahan udara antarabangsa.
Memetik laporan CCTV.com, mereka mempunyai purata lebih 800 jam penerbangan dan pernah penyertai perarakan ketenteraan berprofil tinggi sempenan Ulang tahun China yang ke 60 pada tahun 2009.
Malah mereka juga pernah menyertai pertunjukan pada Pameran Antarabangsa Penerbangan Udara di Guangdong Province, China November lalu.
"Penyertaan Tentera Udara pasukan akrobatik dalam pertunjukan udara LIMA akan membantu mengukuhkan hubungan dengan Malaysia, meningkatkan kerjasama politik, membina imej tentera China dan mempamerkan peralatan aeronautik milik China," kata Shen.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa