Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, March 15, 2015

Ini sebabnya wujud tukang catur dalam isu 1MDB?

Kuasa berpusat, institusi lemah, benarkan 1MDB terjadi, kata pengarang
Published: 15 March 2015 4:37 PM
Bercakap menerusi Skype, pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown berkata kuasa yang terlalu berpusat, institusi awam yang lemah, media yang terus ditekan dan kurangnya ketelusan membolehkan Jho Low menyalurkan berbilion ringgit keluar daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 15 Mac, 2015

Kuasa yang terlalu berpusat, institusi awam yang lemah, media yang terus ditekan dan kurangnya ketelusan membolehkan Jho Low menyalurkan berbilion ringgit keluar daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwa, kata Clare Rewcastle Brown hari ini.
Pengarang laman web pemberi maklumat Sarawak Report itu berkata, semua faktor itu menghalang pendedahan dibuat lebih awal mengenai Low, walaupun pada hakikatnya, dia hanya seorang "ahli perniagaan pada usia 20an."
"Dalam sistem yang lebih terbuka, kuat, mempunyai 'check and balance' (periksa dan imbang), dia tentu sudah dikeluarkan, diselesaikan dan diletakkan di tempat yang sepatutnya lama dahulu," kata Rewcastle Brown pada satu forum hari ini.
Bercakap menerusi Skype kepada kira-kira 1,000 hadirin pada forum yang diadakan di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya itu, Rewcastle Brown berkata, di Malaysia, kuasanya terlalu berpusat.
Beliau merujuk kepada keadaan di mana Datuk Seri Najib Razak mengawal dua portfolio paling penting dalam kerajaan iaitu sebagai perdana menteri dan menteri kewangan.
"Sistem 'checks and balances' negara ini terhakis sehinggakan perdana menteri ialah menteri kewangan.
"Maksud saya, kenapa anda rasa ada dua kedudukan? Kenapa agaknya ia satu idea yang baik apabila orang yang sama memegang kedua-dua jawatan?" soalnya pada forum bertajuk: "1MDB: The Ultimate LOW down".
Katanya, institusi di Malaysia juga kurang teguh, walaupun negara ini mempunyai ramai mereka yang berbakat dan tenaga kerja yang besar.
"Seperkara lagi yang menarik perhatian saya kurangnya ketelusan. Ahli politik seperti Tony Pua, Rafizi Ramli dan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Umno sendiri menanyakan soalan yang sah, dan jawapannya perlu diberi dalam kertas kerja umum." – 15 Mac, 2015.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa