Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 13, 2015

Apa hal Mustafa becok mulut mencanang tiada pecabar Presiden dari masa ke semasa?

Dah tahu dah perlembagaan PAS membenarkan semua jawatan dipertandingkan sekiranya cukup pencadang, apa sebabnya yang dia dok kepohkan tentang jawatan Presiden tiada pencabar?

Tidak ada pencabar jawatan presiden PAS setakat ini, kata Mustafa Ali
TMI - Published: 13 March 2015 10:13 PM
Belum ada ahli cabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS pada muktamar parti Jun ini, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Mac, 2015.

Setakat ini tidak ada ahli PAS yang menyatakan hasrat untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 yang akan berlangsung di Kuala Selangor, Selangor pada Jun ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata mengikut perlembagaan parti itu, semua jawatan daripada presiden dan ke bawah terbuka untuk dipertandingkan dan ahli yang mendapat minimum dua pencalonan layak untuk menjadi calon.

"Pencalonan masih terbuka, kita tunggu pencalonan PAS kawasan yang akan mengadakan mesyuarat agung masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Bulanan PAS Pusat yang dipengerusikan Hadi di Kota Baru, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Semalam, Hadi berkata beliau bersedia dicabar dalam pemilihan parti itu pada muktamar berkenaan dan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak 2002. – Bernama, 13 Mac, 2015.

7 comments:

  1. memang la kena sedia dicabar baru hidup sistem pemilihan ketua
    bila dah kalah jangan pulak tinggal
    perjuangan
    selalu kita dengar cerita khalid alwalid turun pangkat pun tidak menjejaskan semangat melawan untuk Islam

    ReplyDelete
  2. Abe

    Ramai yang tidak tahu bahawa semasa Allahyarham Dr Burhanudin Helmi menjadi Yang Di Pertua ( sekarang Presiden) PAS, beliau dicabar sebanyak 2 kali. Pencabarnya itu bukan caang2 orang. Beliau ialah Allahyarham Prof Zulkifli Mohamed yang kita semua tahu adalah Timbalan kepada Allahyarham Dr Burhanudin. Kalau xsilap saya pertandingan itu berlaku pada tahun 1953 dan 1956.

    ReplyDelete
  3. masa dato' KJ jadi su tak jadi pentadbiran pas macam 'rojak' YB yang bijak berpolitik.stopa ali bijak gak,bijak main 'politaik'.

    ReplyDelete
  4. saya berdoa agar ada bahagian yang berani mencalunkan seorang ulama yang baik dan berani bertanding jawatan presiden menentang hj hadi....

    ReplyDelete
  5. Kalau calon dari kaum muslimin takdak teloq nak cabar TGHA, calon je muslimah... biar berdarah hidung ahli-ahli majlis syura mengeluarkan fatwa... kalau dihalang bolehlah kita ketawakan badut-badut membelakangkan Perlembagaan PAS yang mereka sendiri benarkan sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mantop anon 1:22PM.
      guling2 aku gelak.aku syor calonnya adalah
      Ustzh Nuridah salleh...ulamak juga tuuu...
      athirah aiman jundi x leyy...kih kih kih.
      dr maria lg x ley...psl x faqeh walau boley kecek arab mesir..

      Delete
  6. Budak bahalol ini nak jadi presiden pulak bila Hadi pencen....

    Kalau Pil Kuda boleh jadi presiden , ini kan budak bahalol tentu mantap jadi presiden PAS.

    Semua kerja nya nak jadi presiden PAS.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa