Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 3, 2015

Ingatkan Najib saja ‘kaki rembat’ rupanya orang bawah pun sama – Wan Ji

 | December 3, 2015
Terdapat pemimpin yang diberi amanah cuba mengambil kesempatan atas nama agama Islam untuk menghalalkan setiap tindakan mereka.
Wan-Ji-Wan-Hussin_ringgit_600
KUALA LUMPUR: Negara Islam dan institusi berkaitan agama Islam sering dilanda masalah akauntibiliti dan masalah ketelusan dalam hal pengurusan kewangan termasuk di Malaysia.
Namun menurut penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin situasi di negara ini lebih menarik apabila sesetengah pihak yang diberikan amanah dan kuasa akan menggunakan agama untuk menghalalkan setiap tindakan mereka.
“Menarik di Malaysia, apabila ada orang menggunakan agama untuk menghalalkan tindakan,” katanya sewaktu menjadi salah seorang panel bagi forum bertajuk ‘Skandal YaPEIM Fitnah Atau Fakta’ di KLSCAH pada malam Rabu.
Wan Ji berkata demikian bagi merujuk kepada tindakan dan salah-laku sesetengah pemimpin kerajaan yang menggunakan wang institusi agama untuk kepentingan dan keseronokkan diri.
“Kita jangka hanya Perdana Menteri kaki ‘rembat’, tetapi menteri-menteri di bawah dia juga kaki ‘rembat’,” katanya lagi.
Dakwanya lagi, apabila negara dan institusi yang menggunakan Islam sebagai dasar pentadbiran, pasti akan terdapat sesuatu masalah yang akan terjadi.
“Negara Islam dan institusi Islam seperti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) yang terdapat perkataan ‘Islam’ pasti akan terjadi macam-macam perkara.
“Apabila kita pergi ke jabatan agama Islam, itulah jabatan yang paling lembab di dunia dan kalau pergi institusi agama Islam, itulah yang paling ‘haprak’ sekali. Kalau kita pergi negara Islam, rakyat yang paling teruk juga adalah orang Islam,” katanya lagi.
Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga menyatakan rasa hairan mengapa situasi sedemikian berlaku di sesebuah negara Islam dan juga institusi agama Islam.
“Kita tidak faham mengapa asalkan ada nama Islam, akan menjadi masalah. Adakah agama itu mengajar kita untuk menjadi lembab?” soalnya.
Bagaimanapun, Wan Ji menegaskan dia tidak menyalahkan agama Islam sebagai punca keadaan tersebut berlaku, tetapi menyifatkan terdapat sesetengah pemimpin yang dilihat cuba mengambil kesempatan.
Justeru beliau mengingatkan agar kebaikkan seseorang itu tidak seharusnya diukur dari segi bacaan al-Quran dan hafalan hadis semata-mata.
“Orang yang baca al-Quran, hadis nampak baik dalam bacaan mereka tapi tindakan mereka tidak baik,” ujarnya.
Antara panel lain yang turut terlibat dalam forum berkenaan adalah aktivis hak asasi manusia, Syukri Razab, Bekas Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan juga Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) Akmal Nasir.

2 comments:

  1. Aku ada kenal seorg jiran perempuan,yg suaminya tinggalkan dia macam tu je tanpa cerai selama 7tahun.
    Masuk tahun ni dah 6tahun kes tuntut fasakh dia kat jab agama tak selesai2..
    ayat wan ji,jab agama adalah jab paling lembab dalam dunia tu sangat tepat

    ReplyDelete
  2. Org agama pun bernafsu jgk.. Nafsu depa sometimes lebih lg dr nafsu org biasa... Xheran... Ustaz pun makan ank murid... Makan duit tabung masjid... Ni le taraf ustaz malaysia xjauh beza dr paderi kristian... Manusia selagi bergelar manusia... Lain dicakap.. Lain dibuat...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa