Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 3, 2015

Pulak........isy banyak konar baringnya!

Peguam negara nasihat jangan beri jawapan derma RM2.6 bilion, kata Zahid 
Published: 3 December 2015 12:12 PM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membacakan jawapan isu derma politik RM2.6 bilion di Dewan Rakyat, hari ini tanpa menerima sebarang soalan ahli Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Disember, 2015.

Jawapan berkenaan derma politik bernilai RM2.6 bilion seperti yang dijanjikan Putrajaya sebelum ini untuk dijawab di Dewan Rakyat, Parlimen hanyalah kitar semula kepada alasan sebelum ini dan tidak memberikan jawapan tepat.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membacakan jawapan kepada isu itu tanpa menerima sebarang soalan daripada mana-mana ahli Parlimen.
"Pada 4 Ogos, 2015 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan jumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri bukan daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Kerajaan dinasihatkan oleh peguam negara kenyataan yang dikeluarkan tidak wajar diberi dengan perkara itu masih dalam siasatan agensi berkaitan.
"SPRM juga sudah mengenal pasti penderma dana itu. Bank Negara Malaysia (BNM) juga dimaklumkan pembukaan akaun itu," kata Zahid ketika membacakan jawapan itu.
Beliau berkata, kenyataan dikeluarkan dikhuatiri boleh menjadi subjudis dan menjejaskan perjalanan sesuatu siasatan dan menimbulkan prejudis orang awam kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan. – 3 Disember, 2015.

# berkaitanPAHLAWAN BUGIS LARI LAGI...

5 comments:

  1. Ish, ish, ish....fening?!%?!%

    ReplyDelete
  2. Tidak pernah ada dalam sejarah dulu, kini dan selamanya syaitan tidak saling membantu antara sesama mereka. Telah menjadi prinsip syaitan saling bantu membantu, tanpa ada rasa jemu semenjak dari dahulu kala lagi.

    ReplyDelete
  3. zzzzzzzzzzzzzzkomidizzzzzzzzzzz

    lebih baik tido macam paklah--dari mengganggu rakyat

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa