Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 11, 2016

'78, PAS yang undur atau dikeluarkan?

PAS tak boleh paksa orang suka
Posted on Wednesday, May 11 @ 08:13:56 MYT by paktam
Oleh USTAZ ROSLI ABD JABAR
TAHUN 1973 PAS bergabung dengan Umno membentuk kerajaan perikatan. Masa itu zaman Tun Razak dan Datuk Asri. Saya pun masa tu baru sekolah darjah satu, masih pikun dengan suasana politik.

Orang kemudian seperti saya hanya menelusuri melalui cerita otai-otai PAS sahaja. Ramai juga pimpinan yang saya jumpai untuk tahu cerita itu, di samping saya banyak membaca.
PAS melalui zaman serik, berjalur belakang PAS dirembat pengkhianatan Umno, hingga PAS terkeluar, walaupun dah lama namun peritnya masih terasa. PAS pernah pernah digelar 'batu nisan', pada PRU 1978, apabila hanya dua kerusi sahaja dapat dipertahankan pasca penubuhan BERJASA oleh bekas ahli yang dipecat dan yang keluar parti, lalu bergabung dalam perikatan.

Terkeluar, dikeluarkan, mengeluarkan adalah sesuatu yang biasa apabila ada pintu masuk dan keluar. Tiada pintu yang boleh dimasuki tetapi tidak boleh keluar, kecuali pintu mati. Dah 8 kali PAS bergabung, 5 kali PAS bersendirian, ada parti keluar dari bergabung dengan PAS, ada masanya PAS keluar dari gabungan. Namun PAS terus berada di persada politik Malaysia.

Jalan keluar adalah jalan terbaik jika gagal untuk bersatu atau tidak boleh lagi bersetuju untuk tidak bersetuju ketika berada di dalamnya. Salah menyalah itu perkara biasa, dah jadi adat bercerai.

Setiap parti ada dasar masing-masing dan akan pertahan dasarnya. Dasar PAS adalah Islam, ada orang suka dan ada orang tak suka. PAS tak boleh paksa orang suka, sebagai mana orang tak boleh paksa PAS untuk suka kepada apa yang PAS tak suka.

Di Sarawak PAS bersendirian, 11 kerusi PAS bertanding, beberapa kerusi hilang deposit. Namun tidak ada pun kerusi yang PAS tak dapat walau satu undi pun, ertinya tetap ada orang yang ngundi PAS, walaupun baru kali pertama bertanding di beberapa kerusi. Maknanya PAS dah mula bertakung walaupun setitis demi setitis. Bagi PAS itu adalah wadi yang bakal menjadi sungai, itu sifatnya dakwah.

Dakwah itu ada prinsip, prinsip itu mesti dipertahankan, kalau hilang prinsip maka dasar itu tidak berguna, apa guna ada dasar kalau tidak pertahankan prinsipnya, dakwah itu antaranya ialah berperinsip untuk pertahankan dasarnya walaupun kalau kawan-kawan kita tak suka dengan dasar dan prinsip kita, biar orang tak suka dengan prinsip kita jangan sampai orang bertepuk kesukaan kerana telah berjaya gadaikan prinsip kita.

Prinsip dakwah wajib dipertahankan, walaupun lambat hasilnya, PAS pun tahu bukan senang nak tembusi pepejalan masyarakat yang jauh dengan ilmu dan masih dibelenggu dengan ketakutan dan kemiskinan, orang tak berilmu tak boleh buat pertimbangan, orang ketakutan tak berani nak buat perubahan, orang miskin bimbang kehilangan apa yang ada, bukan senang nak ubati penyakit ini, tapi dakwah tetap wajib meskipun entah bila agaknya mereka akan menerima kita, jadilah seperti air, menitis lembut dan tenang namun akhirnya melekukkan batu yang pejal.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa