Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 11, 2016

Ini jawapan PAS.......apa macam Azmin?

Apa macam Azmin?...ini cadangan balas PAS
TERAKHIR DIKEMASKINI: 10 MEI 2016 BY WARTAWAN AGENDADAILY

Kemungkinan PAS menyertai balik Pakatan Amanah ekoran kegagalan pembangkang di pilihanraya Sarawak nampaknya macam satu isu yang ‘ no go’.

Hal ini berbangkit setelah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali Ahad lalu pujuk PAS sertai PKR dan DAP untuk kuatkan pembangkang lawan BN pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Selain dari reaksi negatif dari kalangan pimpinan bawahan PAS,Naib Presiden parti itu Datuk Mohd Amar sebaliknya sudah kemuka cadangan balas.

Diminta mengulas cadangan Azmin,Timbalan Menteri Besar Kelantan itu kata PKR sepatutnya menyertai Blok Ketiga – PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia untuk lawan BN.

Katanya PAS sudah buat pendirian tidak akan terlibat dengan DAP atau Amanah dalam mana-mana langkah politik.

Pada Julai tahun lalu Majlis Syura PAS membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan DAP.

Ini ekoran pengumuman DAP pada bulan Jun bahawa Pakatan Rakyat kini sudah berkubur.

Kerjasama PKR-DAP dan Amanah pimpinan Mat Sabu kini bernaung di bawah Pakatan Amanah.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Nasrudin Tantawi juga kata PAS akan terus berpegang kepada keputusan pimpinan.

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir dilaporkan menilai usaha mengabungkan semula PAS dengan Pakatan Amanah adalah adalah sesuatu yang mustahil.

Apatah lagi ujarnya sebelum ini, PAS pernah melabel PAN sebagai pengkhianat.

"Kesediaan PAS itu satu hal lagi. Apakah PAS bersedia? Kalau dimasa yang lalu mereka mengadakan beberapa usul di Muktamar untuk keluar daripada Pakatan Rakyat.

"Apabila berlaku begitu, kita tubuhkan PH pun mereka tidak mahu bersama dan berulang kali mereka tidak mahu bekerjasama dengan DAP yang mereka anggap anti Islam, anti Melayu yang akan mengkhianati perjuangan Islam dan PAN mereka anggap parti pengkhianat yang tidak ada langsung tolak ansur.

"Jadi dengan sikap mereka yang begitu tentulah sukar, walaubagaimanapun PAN dasar prinsip kita kalau hendak buat apa-apa kita mesti persetujuan bersama ketiga-tiga parti dalam PH," katanya yang merujuk kepada kenyataan  Azmin Ali pada Ahad lalu.- 10/5/2016

5 comments:

  1. Setelah terbubarnya PR angkara PAS dan membentuk PH, apa bangang sangat engkau orang ni untuk merayu-rayu supaya PAS atau sebaliknya menyertai blok masing2. Fokus saja la pada yg ada dan bentuk kekuatan baru dan padu dikalangan rakyat. Macam TMJ kata, bentuk PH tapi bila pilihanraya bertembung sesame sendiri...bangang & bodoh.

    ReplyDelete
  2. Tak payah susah2 la azmin..pas ni dah jd parti komponen BN..mana nak lawan tokey dia..presiden jd punaisehat..Harondin dah jd ketua darjah repot ngan zahid naib presiden..korang dlm ph pun ego,keras kepala..bertembung sesama sendiri lupa janji ngan rakyat..jg tembolok je..next pru rakyat akan hukum kamu

    ReplyDelete
  3. .......
    itu tandanya habis pandai la.

    ReplyDelete
  4. tiada undi untuk kartel azmin.. PH silent killer.

    ReplyDelete
  5. Azmin dan kartelnya masuk pas lg bgus....azmin ni betul2 mulut longkang

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa