Sunday, 21 August 2016
ANTARA JIWA BESAR DAN JIWA KECIL
Adat bersukan dan menyertai pertandingan, ada menang dan ada kalah. Tidak ada sesiapa yang akan marah jika Lee Chong Wei hanya mendiamkan diri atau tidak berkata apa-apa sebaik tewasnya beliau kepada Chen Long dalam pertandingan akhir Olimpik, semalam.
Tetapi kerana Chong Wei seorang yang berjiwa besar dan memahami pengharapan rakyat Malaysia terhadapnya, meskipun beliau sendiri sebenarnya amat teringin menerima kalungan pingat emas tersebut, dengan rendah hati beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya itu.
Sikapnya membuatkan kita terharu, meskipun berbeza budaya, berlainan bangsa dan tidak sama warna kulit.
Ahli Parlimen Langkawi, Nawawi Ahmad ini pula terbalik perangainya. Bukan saja berterusan cuba menegakkan benang basah terhadap ketelanjurannya mengaitkan nama Yang Dipertuan Agong sebagai Malaysian Official 1, malah seolah-olah "berdegil" dengan mengatakan hanya akan meminta maaf jika diminta oleh pihak Istana.
Agaknya beliau fikir dirinya siapa berbanding Yang Dipertuan Agong? Seluruh dunia memandangnya salah, tetapi masih lagi keberatan untuk mengungkapkan kata-kata maaf.
Dalam hal ini, ada benarnya juga apabila Mahfuz Omar, orang Kedah sendiri, melabel Nawawi sebagai "berperangai tiga suku" kerana kedegilan untuk memohon maaf kepada Yang Dipertuan Agong itu.
Ini seorang lagi, Exco Pemuda UMNO yang kereta miliknya didakwa terlibat dalam membuli pengguna yang lain dan menjadi perbualan hangat di media sosial berikutan mangsa sendiri mendedahkannya.
Kenapa tidak cuba diselesaikan dengan baik dan cepat-cepat memohon maaf, tidak kira siapa pun yang memandu keretanya ketika kejadian itu?
Mengapa perlu sampai mengugut untuk menyaman dan dengan angkuh pula berkata, "adakah dia pasti yang memandu kereta itu saya?"
Begitukah teladan dan budi bahasa yang betul sebagai seorang pemimpin?
Nawawi dan Nazir, kedua-dua mereka bergelar pemimpin, malah tentunya juga selalu mengatakan ingin berbakti kepada rakyat, tetapi jiwa kalian terlalu kecil jika dibandingkan dengan Lee Chong Wei. (SH 21/08/2016) - sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa