Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 30, 2016

Budak-budak dijadikan mesen pembunuh?

Lima budak tembak mati tahanan Syria
SH - 28 OGOS 2016
Sebuah video menunjukkan lima kanak-kanak berusia 10 hingga 13 tahun melaksanakan hukuman mati terhadap lima tahanan di Syria.

DAMSYIK - SYRIA.Kumpulan militan Daesh didakwa mengeluarkan sebuah video menunjukkan lima kanak-kanak lelaki Britain membunuh tahanan Syria di wilayah Raqqa, menurut laporan perkhidmatan pemantauan kumpulan pengganas, SITE Intelligence.

Mereka dipercayai dari Britain, Mesir, Turki, Tunisia dan Uzbekistan dan berusia antara 10 hingga 13 tahun.

Video berdurasi selama sembilan minit itu memaparkan kanak-kanak berkenaan memakai pakaian seragam tentera dengan sarung tangan hitam, berdiri di belakang tahanan yang dikenal pasti sebagai perisik.

Sebelum hukuman dijalankan, salah seorang budak menjerit “Tiada sesiapa dapat menyelamatkan orang Kurdish walaupun mendapat sokongan Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan Jerman”.

Senjata api kemudiannya diangkat sebelum menembak mati kesemua mangsa.

Difahamkan, Daesh telah merekrut kanak-kanak sebagai pejuang dan setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya 12 budak dilaporkan muncul dalam video propaganda kumpulan terbabit. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa