Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 22, 2016

Mamat ni dalam mohon ampun, masih lagi salahkan orang lain!

# Memang betul yang 'dilabel' oleh Mahfuz

Nawawi Mohon Keampunan Agong
Diterbitkan: Isnin, 22 Ogos 2016 4:57 PM
LANGKAWI: Anggota Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad membuat kenyataan rasmi memohon keampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ekoran kekeliruan yang timbul daripada komen beliau tentang istilah MO1 yang viral di media sosial baru-baru ini.

Nawawi berkata permohonan itu dibuat atas kesedaran dan rasa tanggungjawab beliau sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

"Sesungguhnya patik tidak berniat untuk mengaitkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku dengan isu tersebut tetapi ia diviralkan oleh pihak tertentu dengan fahaman yang lain daripada apa yang patik cuba nyatakan," katanya semasa membaca kenyataan itu dalam sidang akhbar di sini, Isnin.

Menurutnya beliau amat menyesal dengan apa yang telah berlaku dan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kaitan langsung dengan isu 1MDB.

"Oleh itu, patik dengan rasa rendah diri dan penuh tanggungjawab memohon sejuta keampunan daripada Tuanku sekiranya perkara yang menjadi viral ini menyentuh dan mengguris hati kecil di sanubari Tuanku," katanya.

Nawawi juga berjanji untuk berhati-hati di masa hadapan dalam membuat sebarang komen di media sosial dan tidak menulis apa-apa perkara yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau turut memohon keampunan daripada Majlis Kerabat Diraja Kedah serta rakyat Malaysia di atas kekeliruan yang berlaku.

"Semua kekeliruan ini adalah disebabkan oleh saya sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak sama ada kerajaan atau parti atau lain-lain pihak.

Saya harap isu ini dihentikan di sini sahaja," katanya. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa