Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 21, 2016

Tak perlu lagi berdolak dalik dengan perangai tiga suku!

Nawawi Mohon Ampun Pada Agong Jika Beradab
Posted on Sunday, August 21 @ 12:52:52 MYT by paktam
Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR

1.Tak perlu lagi Nawawi berdolak dalik dengan perangai tiga suku dalam isu yang beliau menyerang Yang Di Pertuan Agong dengan melabelkan Agong adalah MO1. Dalam media melaporkan yang Nawawi cuba menafikan dengan menyatakan beliau merujuk Malaysian Official no 1 dari sudut perlembagaan dan tidak kepada MO1 dalam dokumen DOJ.

2.Ternyata dengan jelas dalam FB Nawawi menyatakan perkataan MO1 ialah Agong.Walaupun dia merujuk pada perlembagaan Persekutuan.Ternyata tafsirannya salah sama sekali kerana Yang di Pertuan Agong bukannya Penjawat awam. Yang di Pertuan Agong adalah simbolik kuasa eksekutif atau lambang otoriti dan terma kuasa eksekutif merujuk kepada kerajaan yg memerintah (government of the day) yg dilaksanakan oleh PM.Yang Di Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja Raja dan terikat dengan nasihat PM dan Jemaah Menteri.

3.Nawawi perlu mohon ampun kepada Tuanku Yang Di Pertuan Agong.Tidak perlu beliau menunggu titah Tuanku untuk mohon ampun. Tuanku Agong seorang yang lemah lembut dan berbudi bahasa.Bukanya tiga suku macam Nawawi.Sebagai rakyat Malaysia dan negeri Kedah jika Nawawi seorang yang beradab beliau perlu mohon ampun kepada Tuanku Agong tanpa tunggu titah Tuanku Agong.Beliau dan Umno   jangan cuba mengheret Tuanku Agong untuk melindungi jenayah 1MDB yang dilakukan oleh MO1. Beliau dan Umno jangan menyembunyikan MO1 di belakang Tuanku Agong.

4.Nawawi juga perlu mohon maaf pada rakyat Malaysia.Jangan anggap dengan mengatakan kamu tak bersalah dan untuk apa nak minta maaf. Kamu sudah menghasut rakyat untuk membenci Tuanku Yang Di Pertuan Agong.Kamu Jangan angkuh dan sombong dengan rakyat.Kamu dipilih oleh rakyat. Jangan biadap dan kurang ajar pada Tuanku Yang Di Pertuan Agong dan rakyat.

#NawawiPerluMohonAmpun
#JanganSembunyiMO1
#BuruMO1.
#Daulat Tuanku

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
11am Taman Al-Walid Alor Setar
21Ogos 2016/17 Zulkaedah 1437H 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa