Penceramah bebas didenda RM7,000 kerana hina polis
26 Ogos 2016 | MALAYSIA DATELINE
Seorang penceramah bebas didenda RM7,000 selepas mengaku bersalah membuat tohmahan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Tertuduh, Nahar Afandi Ghazali, 44 dari Kampung Melayu Rasa, Selangor mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati di Mahkamah Majistret Balik Pulau tadi.
Nur Azzuin menjatuhkan hukuman itu selepas mendengar rayuan dan hujah dari kedua-dua pihak.
"Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM7,000 kepada tertuduh, jika gagal bayar, dia boleh dipenjara selama 30 hari," katanya lapor Sinar Harian online.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu ketika mengadakan kuliah Subuh di Masjid Jamek Sungai Tiram, Bayan Lepas pada 20 Februari lalu diantara jam 6.40 hingga 7.40 pagi.
Tertuduh yang ditemani isterinya didakwa membuat tohmahan terhadap pasukan PDRM dengan bermaksud hendak merosakkan nama baik PDRM.
Menurut fakta kes, antara tohmahan yang dibuat tertuduh adalah: "roadblock polis tidak payah, polis bodoh hari Jumaat buat speed trap (perangkap had laju), bodoh punya polis trafik. Polis trafik bodoh hari Jumaat engkau boleh jaga negara, tidak sembahyang Jumaat jika ada rasuah, jika ada benda yang mengganggu ketenteraman negara. Jika sebab saja-saja nak buat roadblock, haram gaji pada hari itu. Jangan jadi bahalol sebab bagi anak bini makan duit haram".
Oleh itu, tertuduh yang memakai jubah berwarna kelabu dan berserban didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
Ia memperuntukkan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pertuduhan dibacakan Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang, Datuk Razali Che Ani yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman bersifat deteren kerana kesalahan tertuduh bersifat kepentingan awam.
Dalam hujahnya, Razali berkata, tohmahan yang dibuat tertuduh bukan dibuat ke atas individu sebaliknya ke atas pasukan beruniform yang menjaga keamanan seluruh negara.
"Walaupun tertuduh mengaku bersalah, namun saya memohon hukuman berat ke atas tertuduh. Ini kerana, PDRM adalah agensi utama yang bukan sahaja menjaga keselamatan seluruh rakyat Malaysia malah keselamatan tertuduh juga.
"Saya memohon hukuman deteren bagi menghalang tertuduh mengulangi kesalahan sama dan orang lain melakukan kesalahan seperti yang dilakukan tertuduh.
"Dalam fakta kes jelas tertuduh membuat tohmahan ketika berceramah di hadapan orang ramai selain ia dimuat naik ke dalam Youtube. Video berdurasi 1.06 minit itu telah ditonton oleh seluruh negara.
"Sehubungan dengan itu, saya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh," katanya.
Sementara itu, Nahar melalui peguamnya dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Norliza Mohd Ali memohon hukuman dikurangkan kerana tertuduh tidak mempunyai pendapatan tetap.
"Saya mewakili anak guam saya merayu hukuman diringankan kerana dia perlu menanggung 10 anak dan isterinya tidak bekerja. Dia hanya penceramah bebas dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
"Anak guam saya juga menyesali dengan perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Dia memohon maaf di atas kesalahannya itu," katanya.
26 Ogos 2016 | MALAYSIA DATELINE
Ustaz Nahar Afandi Ghazali

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa