Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 24, 2016

Siapakah agaknya pengkhianat itu?

Dr M: Ada 4 Tan Sri, seorang mungkin khianat
Koh Jun Lin - Hari ini 24 Ogos 2016, 2:06 tengahari
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan terdapat empat individu bergelar 'Tan Sri' dan salah seorang daripada mereka mungkin mengkhianati yang lain.

Sebelum ini, bekas perdana menteri itu memberi gambaran tiga pegawai tinggi kerajaan yang dituduh bersubahat untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak telah "dikhianati".

"Ada seorang yang tidak termasuk. Terdapat empat daripada mereka, seorang daripada mereka tidak termasuk.

"Ada kemungkinan bahawa seorang (tidak termasuk itu) yang khianat," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga mempunyai gelaran berkenaanu, Mahathir menjawab: "Saya tidak tahu. Saya tidak tahu. Saya tidak mahu ditangkap."

Pada hujung minggu lalu, Mahathir mendakwa jika tidak kerana tindakan khianat itu, perdana menteri sudah tentu akan menghadapi tindakan.

Bulan lalu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz, bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamad.
Khairul Azwan mendakwa tiga Tan Sri itu memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi asing tanpa kebenaran dan memalsukan butiran untuk mencapai agenda mereka.

Bagaimanapun, Khalid berkata polis tidak akan menyiasat laporan ketua Pemuda Umno itu kerana ia dibuat berdasarkan andaian.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa