Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 26, 2016

Hahaa........nak mengintai salah kain orang, kaki sendiri tersadung taik!

'Lebih baik Ku Nan isytihar hartanya dahulu'
WARTAWAN SINAR HARIAN - 26 OGOS 2016
Anina Saaduddin

SHAH ALAM – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor digesa mengisytiharkan hartanya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pihak lain.

Ahli Jawatankuasa Penaja Bersatu, Anina Saadudin turut mempersoalkan jumlah harta yang dimiliki oleh Tengku Adnan sehingga beliau merasa takut untuk mendedahkan asetnya kepada orang ramai.

“Nasihat saya kepada Ku Nan, daripada beliau cuba nak mencabul tentang fikiran saya, lebih baik beliau isytihar dulu harta-hartanya.

“Banyak sangat kah hartanya sehingga susah nak diisytiharkan?” soalnya dalam satu kenyataan.

Rabu lalu, Anina mengumumkan untuk menarik balik tiga kes mahkamah berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Tengku Adnan yang dibuat dahulu atas kapasiti sebagai ahli Umno.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anina tarik balik tiga kes mahkamah]

Susulan penarikan saman tersebut, Tengku Adnan memaklumkan semalam bahawa tindakan Anina tersebut adalah kerana sedar pihaknya akan kalah.

Menyentuh mengenai perkara itu, Anina berkata saman ke atas Najib dibawa ketika beliau masih menjadi ahli Umno manakala saman kepada Tengku Adnan pula adalah bagi mendapatkan semula keahlian Umno setelah pihaknya dipecat.

“Kini saya telah menjadi ahli jawatankuasa penaja Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dan kes saman yang terdahulu ketika bermula sebagai ahli Umno sudah tidak relevan lagi.

“Sebagai contohnya, apa asas saya untuk menuntut keahlian Umno diberikan semula kepada saya, sedangkan saya kini adalah ahli Protem Penaja Bersatu,” katanya.

Selain itu, Anina memaklumkan bahawa tiada asas untuknya mendesak Najib memulangkan baki RM2.6 bilion tersebut kepada Umno sedangkan dia kini bersama landasan Bersatu.

Ujar Anina, sekiranya pihaknya tidak yakin untuk menang dalam kes saman itu, isu-isu tersebut tidak perlu dibawa sehingga ke Mahkamah Persekutuan dan hanya boleh berhenti sehingga di Mahkamah Tinggi sahaja.

“Biarlah ahli Umno perjuangkan sendiri hak wang parti mereka.

“Saya kini bersama Protem Penaja Bersatu dan perjuangan saya jauh lebih besar sekarang,” katanya.

# India kata 'ada cerdikkah ini menteri'?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa