Kenapa Saya Tinggalkan al-Qaeda - Bekas Tentera
Posted on Sunday, August 28 @ 11:57:08 MYT by paktam
PUTRAJAYA: Abdul Manaf Kasmuri mendedahkan punca dia membuat perjanjian kesetiaan kepada al-Qaeda adalah untuk membantu umat Islam yang tertindas di zon konflik di seluruh dunia.
Namun, keganasan yang semakin meningkat dan tidak masuk akal dilakukan oleh kumpulan pengganas itu telah memaksa bekas kolonel tentera ini untuk menarik balik sokongannya.
"Ketika itu, jihad (perjuangan) adalah sangat 'bersih dan cantik', jihad hanya untuk membantu sesama muslim tanpa perlu bertindak.
"Pada mulanya, mereka mendapat sokongan saya. Tetapi ideologi mereka mula berubah dan sebaliknya," katanya ketika ditemui selepas sidang media tentang penjelasan bahaya pelampau Islam, pada Sabtu.
Majlis tersebut turut dihadiri beberapa ulama agama negara, termasuk mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan bekas mufti Kuala Lumpur Datuk Wan Zahidi Wan Teh.
Abdul Manaf, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana aktiviti militan, memberitahu dia dibesarkan dengan pendidikan agama berdasarkan ajaran Sunni.
Ajaran tersebut telah membantunya untuk menarik balik sokongan terhadap al-Qaeda dan kumpulan-kumpulan militan Islam lain kerana ianya terlalu melampau dan radikal.
"Penyokong mereka mula mempercayai bahawa satu tindakan betul dan wajar untuk menggunakan keganasan dalam perjuangan tanpa mengira akibatnya.
"Mereka juga mula mempercayai bahawa jika tidak dapat menjatuhkan hukuman kepada seseorang yang mempunyai pandangan berbeza, mereka akan membunuh rakan anda atau keluarga.
"Tidak ada had bagi mereka. Sesiapa yang menentang mereka, ia adalah halal (dibenarkan) untuk membunuhnya," katanya.
Ideologi terlampau tersebut adalah sama seperti yang digunakan kumpulan pengganas masa kini, Negara Islam (IS).
Menurut Abdul Manaf, kepercayaan jihad untuk membantu orang lain mula timbul ketika dia dihantar ke Bosnia untuk misi pengaman pada awal tahun 1990-an.
"Nasib umat Islam di sana telah membuka mata dan membuatkan saya ingin membantu dalam apa sahaja caranya.
"Saya tidak menolak bahawa terdapat beberapa orang yang menyertai kerana mereka benar-benar mahu membantu saudara Islam yang ditindas. Tetapi ada juga yang berfikir bahawa menggunakan senjata adalah satu-satunya jalan untuk berjuang," katanya.
Abdul Manaf telah ditangkap pada Februari 2003 kerana dikaitkan dengan al-Qaeda dan satu lagi kumpulan militan iaitu Jemaah Islamiyah (JI).
Jelasnya, perjuangan untuk menentang aktiviti keganasan, terutamanya terhadap IS perlu 'banyak lapisan'.
"Pihak berkuasa perlu mencari satu jalan untuk memerangi versi Islam yang telah diubah oleh golongan yang membawa keganasan ini.
"Mereka juga perlu menangani penyokong perjuangan sesat di Malaysia," jelasnya.
Berhubung tentangan Malaysia terhadap IS, Abdul Manaf berkata, pihak berkuasa masih boleh berjuang walaupun terpaksa berdepan dengan beberapa aspek, termasuk 'hak asasi manusia'.
"Pihak berkuasa mempunyai pertimbangan yang teliti untuk memastikan hak asasi manusia dikekalkan dalam memburu militan IS.
"Saya hanya memberi pandangan diri sendiri, tetapi apa yang saya nampak terdapat masalah kerana tindakan yang diambil oleh agensi-agensi penguatkuasaan agak terhad," katanya.
Abdul Manaf merupakan seorang veteran tentera yang dipaksa untuk bersara pada tahun 1995 selepas mendapati dia menyokong perjuangan mujahidin Bosnia secara rahsia.
Malah Abdul Manaf yang berpangkat tinggi dalam sebuah organisasi belia Islam di Kuala Lumpur serta pengarah di sebuah syarikat didakwa menjadi individu penting untuk al-Qaeda dan JI ketika dia ditangkap.

Pemahaman keliru terhdp ajaran dan pemikiran Ibnu Taimiyah membenihkan bibit bibit khawarij moden. Lebih selamat dijauhi, dan tetaplah kita dgn pemahaman ASWJ yg dah lebih 1200 tahun jadi pegangan majoriti ummat Islam sedunia.
ReplyDelete