Gerakan dedah video bapa Adun DAP terlibat rasuah
Gerakan berkata video itu menunjukkan bapa seorang Adun dimarahi kerana tidak memenuhi janjinya mendapatkan rumah mampu milik selepas menerima wang rasuah.
GEORGE TOWN: Bapa kepada seorang Adun Pulau Pinang didakwa meminta “rasuah” untuk “potong barisan” bai mendapatkan unit perumahan mampu milik di negeri itu selepas videonya sedang melakukan perbuatan itu didedahkan, dakwa Gerakan hari ini.
Naib Presiden 1 Gerakan Pulau Pinang I Oh Tong Keong berkata video itu, yang didedahkan di laman web Facebook Penang Kini – menunjukkan seorang lelaki dipercayai individu bernama Lim Keat Seong, bapa Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim sedang “berkelahi” berhubung bayaran “rasuah” itu.
Tong Keong berkata berdasarkan analisis terhadap video itu, Keat Seong didakwa mengutip bayaran untuk unit perumahan itu, tetapi gagal menunaikan janjinya.
“Mereka (pelanggan Keat Seong) diminta membayar RM260 untuk borang dan kemudian “Agent Lim” atau “Uncle Lim” akan mengesahkan mereka akan dapat unit mampu milik itu.
“Namun, berdasarkan video itu, nampaknya pelanggan Uncle Lim meminta semua wang mereka dikembalikan, kerana janji mendapat rumah mampu milik itu tidak ditepati,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di sini, hari ini.
Siew Khim, ketika dihubungi berkata beliau akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan isu itu.
Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Kecil Anti Rasuah dan Tanah Gerakan Pulau Pinang, Hng Khoon Leng berkata isu itu bukan perkara baru dan mendakwa menerima banyak maklumat mengenainya.
“Kami terima banyak maklumat mengenainya, tetapi tidak ada bukti.
“Hari ini kami dapat video untuk mengesahkannya. Kami sekarang yakin untuk mengatakan kebanyakan projek perumahan negeri terbabit dengan amalan rasuah,” katanya pada sidang media sama.
Tong Keong sependapat dengan Khoon Leng berkata, orang tengah seperti ini menafikan pemohon yang lebih layak untuk mendapatkan rumah mampu milik.
Mereka menasihatkan sesiapa yang membayar untuk memohon mendapatkan perumahan negeri membuat aduan kepada Gerakan serta-merta atau menghubungi Khoon Leng di talian 012-409-871.
# Ini pula jawapan anak dia ADUN Sungai Pinang Lim Siew Khim
Saya tak tahu kegiatan bapa, kata Adun P Pinang
Lim Siew Khim berkata Gerakan cuba memburukkan namanya dan bertegas tidak terbabit dengan kegiatan sogokan pembelian rumah yang didakwa dilakukan bapanya
GEORGE TOWN: Seorang Adun Pulau Pinang menjarakkan diri daripada kegiatan sogok untuk rumah yang didakwa dilakukan bapanya, susulan penybaran video di Facebook semalam.
Adun Sungai Pinang Lim Siew Khim mengakui individu dalam video yang dirakam secara rahsia itu adalah bapanya yang berusia 68 tahun.
“Ada video yang tersebar di media sosial mendakwa bapa saya meminta wang daripada pengadu yang mahu mendapatkan rumah kos rendah dan kos sederhana.
“Nama saya disebut atas tuduhan salah guna kuasa. Saya ingin tegaskan bapa saya tidak mampu mempengaruhi keputusan Kerajaan Pulau Pinang. Saya juga tidak mampu.
“Serangan Gerakan itu tidak berasas,” katanya di satu sidang media tergempar di pusat khidmat masyarakat di Jelutong hari ini.
Siew Khim menggambarkan kempen memburukkan namanya oleh Gerakan, dengan mendakwa naib pengerusi parti itu, Oh Tong Keong beriya mahu bertanding di kerusi DUN Sungai Pinang pada pilihan raya akan datang.
“Saya nasihatkan mangsa supaya membuat laporan polis sekiranya ada cubaan meminta wang untuk membantu mereka mendapatkan perumahan awam dan polis digesa siasat.
“Sekali lagi saya ulang saya tidak lakukan sebarang kesalahan,” katanya.
Siew Khim nafi tahu bapanya terbabit dalam kegiatan yang didakwa itu.
Awal hari ini, Gerakan menyeru Siew Khim dan Exco Perumahan Jagdeep Singh Deo menjawab kewujudan kegiatan seperti itu.
Satu video dimuatnaik laman Facebook Penang Kini memaparkan seorang lelaki, yang didakwa bapa Siew Khim, Keat Seong, bersama seorang broker dan seorang pembeli rumah yang ‘diperdaya’ berbual mengenai syarat-syarat penyelesaian selepas gagal membeli sebuah rumah.
Menurut video itu, mereka yang berminat untuk ‘ambil jalan pintas’ dalam skim program rumah mampu milik kerajaan, perlu mmebayar RM260 untuk borang dan duit untuk ‘Pakcik Lim’, yang akan memastikan mereka mendapat seunit rumah.
Sedia ada, semua permohonan perumahan kerajaan negeri disaring oleh Jawatankuasa Penambahbaikan Proses Pemilihan (SPEC) yang akan menentukan kelayakan pemohon.
Antara faktor yang dipertimbangkan adalah pendapatan, jumlah anak dan jumlah kereta yang dimiliki sebelum pemohon diberi seunit rumah.
Menurut kerajaan negeri, bagi bulan April sahaja terdapat 35,229 pemohon dalam senarai menunggu rumah mampu milik.
‘Perumahan rumah mampu milik’ adalah harga bawah RM400,000 untuk unit di pulau dan RM250,000 untuk unit di tanah besar.
Sementara itu, penasihat undang-undang Siew Khim, RSN Nayer beri amaran kepada Gerakan supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan terhadap Adun itu atau disaman kerana memfitnah.
“Sekiranya mereka beri gambaran seolah YB Siew Khim terbabit, kami tidak akan teragak untuk mengambil tindakan undang-undang,” kata Rayer.
Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan bapa, Siew Khim menjawab: “Saya tak tahu menahu, saya hanya tahu mengenai hal ini malam tadi.”
Rayer mencelah: “Bapanya mungkin berada disitu untuk tujuan lain. Beliau seorang dewasa dan bebas untuk bergerak serta bertemu orang.”
Siew Khim, ditemani ibunya, kelihatan menangis teresak-esak sebaik meninggalkan sidang media itu.
# Kenapa minta exco dan anak tertuduh jawab? Kalau benar lapor jer pada SPRM!
tapi punya hairan lagi hairan. selama ini daripada tahun 2008 ke 2016 kaki dedak serta blogger BeeN Pinang GELAKAN dan oh tok kong pun dikatakan khabarkan tahu dan sentiasa satu inchi rumah mampu milik pun tak pernah di buat oleh Dapigs. apa sal ade ini kes.
ReplyDelete