Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 29, 2016

Ke mana agaknya Husam: "Surat penjelasan saya kepada presiden Pas tidak berguna apa-apa"

Teka-teki Husam tamat malam esok
mk - Hari ini, 10:01 malam
Selepas empat bulan 'berlayar' tanpa arah yang jelas bekas naib presiden PAS akan mengumumkan bahtera baru politiknya malam esok.
Dalam kenyataan terbuka disiarkan di Facebooknya Datuk Husam Musa berkata berjuang bersendirian ternyata bukan suatu pilihan.
"(Tempoh) empat bulan bukan singkat tetapi tidak pula tersangat panjang.
"Di penghujung empat bulan penantian, saya memilih untuk menyertai bahtera baru untuk sama berganding mencuba merealisasikan: Islam Adalah Penyelesaian," katanya.
Kata Husam selepas dipecat tiada sebarang petunjuk diterima daripada parti yang pernah disertainya dulu atau semakan ke atas penyingkirannya.
Surat penjelasan saya kepada presiden Pas tidak berguna apa-apa," katanya sebentar tadi.
Husam yang suatu ketika dulu dilihat sebagai pengganti allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat namun terpinggir sedikit demi sedikit selepas tokoh berkenaan meninggal dunia pada Februari 2015.
Ketika PAS mengadakan muktamar dan pemilihan pimpinan di Kuala Selangor pada Jun 2015 Husam antara pimpinan bukan ulama yang disingkir perwakilan.
Pimpinan tertinggi yang disingkirkan ialah Mohamad Sabu yang ketika itu menjadi timbalan presiden. Penyingkiran beramai-ramai itu, kata Mohamad, dianggap "pelik bin pelik bin pelik" kerana disambut baik oleh Umno.
Penyingkiran beramai-ramai itu kemudian melahirkan parti baru, Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dilihat sangat dimusuhi PAS.
Selepas menyertai beberapa program yang tidak disenangi PAS, Husam kemudian disahkan dipecat daripada parti itu pada 6 Mei lalu.
Pengumuman pemecatan Husam dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS, Dr Sanusi Daeng Mariok.
Bagaimanapun Husam tidak segera menyatakan penyertaannya ke dalam mana-mana parti sebaliknya menegaskan memerlukan masa untuk membuat penilaian.
Kata Husam semasa menikmati tempoh bertenang dia menemui masyarakat untuk mendapatkan pandangan mereka dan mengelak mengambil tindakan terburu-buru.
Pada masa sama Husam "merenung dan mencari petanda-petanda pedoman".
Ternyata, katanya negara menuju ke arah lebih kritikal berbanding sebelumnya, manakala Kelantan "tidak menjadi lebih baik" selepas ombak pengislahan bermula 1990 (ketika PAS bersama Angkatan Perpaduan Ummah membentuk kerajaan).
Pada masa sama katanya parti yang dianggotainya dulu seperti "terjual" dan berdepan masalah seperti kejumudan tanpa inovasi mentakwil nas di luar sepatutnya serta "syok sendiri" selain membelakangkan budaya berhujah.
"Berdiam diri bukanlah pilihan. Al-Quran menggelarkan orang yang duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa sebagai al-Qa'idun.
"Ia disinonimkan dengan perempuan yang lemah atau orang tua yang uzur," katanya

1 comment:

  1. Rayuan pun dia tak nak buat macamana PAS nak pertimbangkan.. Tak nak ikut channel parti payahlah .. Nanti kalau dia masuk PAN buat perangai serupa habislah PAN!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa