Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 31, 2016

Ini rupanya satu makhluk yang bernama Tajuddin!

'Tajuddin, tak payah tunjuk hero tak bertempat' - Ibrahim Ali 
Nuradilla NoorazamAstro Awani |  Ogos 28, 2016 23:33 MYT


'Tajuddin, tak payah tunjuk hero tak bertempat' - Ibrahim Ali
Ibrahim berkata Tajuddin tidak perlu tunjuk hebat atau mengutuk Tun Mahathir kerana beliaulah yang memberi nyawa politik kepadanya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: "Walaupun ada perbezaan pendapat, tak payahlah nak tunjuk hero secara tidak bertempat."

Itu sebahagian teguran Presiden Kumpulan Pendesak Melayu (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali, yang popular dengan panggilan Tok Him, kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Dalam kenyataannya hari ini, Tok Him membidas kenyataan Tajuddin semalam yang menuduh Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed menipu dalam isu tandatangan surat penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tok Him berkata Datuk Tajuddin tidak perlu tunjuk hebat atau mengutuk Tun Mahathir kerana beliaulah yang memberi nyawa politik kepadanya.

"Tun Mahathir memberi nyawa politik kepada Tajuddin selepas tiga kali saya berjumpa Tun Mahathir merayu bagi pihak nya dan tiga kali saya bangkit di mesyuarat majlis tertinggi agar Tajuddin diterima kembali menjadi ahli UMNO.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu merupakan Timbalan Presiden dan Pengurusi Pengurusan UMNO naik radang kepada saya kerana membela Tajudin semasa mesyuarat majlis tertinggi.

"Tidak ada siapa yg menyokong saya waktu membela Tahudin. Akhirnya, Tun Mahathirlah yg berkata kita terima sahaja Tajuddin dan semua diam," katanya.

Jelasnya waktu Pilihanraya 1999, beliau sekali lagi berjumpa dengan Tun Mahathir dengan tujuan melobi agar Tajuddin dipilih sebagai calon pilihan raya. Akhirnya beliau dipilih juga untuk bertanding di Dun Sungai Manik, Teluk Intan, Perak.

"Moralnya, bila saya bangkit perkara ini, biarlah ada rasa hormat pada orang tua yang sebelum ini menolongnya.

"Walaupun ada perbezaan pendapat, tak payahlah nak tunjuk hero tak bertempat," katanya yang mengakhiri luahannya sebagai 'sekadar keluhan dari rasa terkilan'.

Tajuddin, semalam (27 Ogos), menuduh Tun Mahathir bohong di dalam penafiannya berkenaan isu tanda tangan surat penahanan di bawah ISA.

Beliau berkata cubaan Tun Mahathir untuk membersihkan namanya berhubung isu berkenaan tidak boleh diterima kerana hanya Menteri Dalam Negeri, jawatan yang ditandang Tun Mahathir ketika itu, mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan penahanan tersebut.
Bagaimanapun Ibrahim berkata seseorang yang ditahan dibawah ISA adalah atas cadangan pihak keselamatan yang telah membuat pantauan. Hasil pantauan pula dibincang dikalangan anggota jawatankuasa yang terdiri dari pihak polis, termasuk Ketua Polis Negara dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri.

"Merekalah yang membuat cadangan dan Menteri atau Timbalannya menandatangani perkara tersebut sebagai formaliti.

"Siapa tanda tangan hanya formaliti tapi yg membuat keputusan adalah pihak yang bertanggungjawab kepada keselamatan. Seseorang kena faham inilah 'procedure' atau operasi nya," tambah Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa