Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 23, 2016

Kita tengok isu ini apa sudahnya......

MyWatch buat laporan SPRM terhadap Ketua Polis Negara 
Azyyati AhmadAstro Awani |  Ogos 18, 2016 15:14 MYT
MyWatch buat laporan SPRM terhadap Ketua Polis Negara
Pengerusi MyWatch Datuk R. Sri Sanjeevan hari ini membuat laporan kepada SPRM terhadap Ketua Polis Negara di Putrajaya - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkenaan satu dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) syarikat Unggul Shooting Academy Sdn Bhd.

Syarikat tersebut dakwa Sanjeevan, dimiliki oleh abang kepada Tan Sri Khalid, iaitu Datuk Abdullah Abu Bakar serta tiga pengarah lain.

"Kami mahu SPRM menyiasat jika wujud sebarang konflik di dalam kelulusan lesen kepada syarikat tersebut. Adakah lesen kepada Unggul Shooting Academy Sdn Bhd ini diluluskan oleh Tan Sri Khalid sendiri dan adakah mereka ini telah diberikan sebarang kontrak kerajaan

"Dalam masa yang sama, kami menyeru agar SPRM menyiasat dari mana datangnya modal berbayar sebanyak RM400,000 seperti yang tertera dalam dokumen SSM syarikat berkenaan,"  katanya kepada media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM di sini hari ini.

Dakwa Sanjeevan, syarikat tersebut didaftarkan pada 1 November 2013 iaitu enam bulan selepas Tan Sri Khalid memegang jawatan Ketua Polis Negara.

"Kami juga mahu satu siasatan ke atas syarikat senjata api Nilai Arms & Ammunitions Sdn Bhd (NAA) yang dimiliki anak perempuan Tan Sri Khalid, sama ada mempunyai sebarang hubungan di antara kedua-dua syarikat tersebut," katanya.

Sanjeevan turut memberitahu bahawa beliau bakal mendedahkan bukti berbentuk video kepada media bulan hadapan,  mengenai salah laku rasuah yang didakwa dilakukan Tan Sri Khalid.

1 comment:

  1. Adakah berani krn benar? Hari tu dah kena cubaan bunuh. Jgn dekat dgn tong deram dan simen. Moga berjaya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa