Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 29, 2016

Rupanya ramai peserta baju merah tak tahu apa satu pun!

Peserta Baju Merah mahu 'musnahkan' BERSIH, tak tahu apa DOJ
Alyaa Alhadjri - Hari ini, 8:03 malam
Himpunan Baju Merah yang diketuai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos hari ini didakwanya mempamerkan peserta berbilang kaum yang terdiri daripada kira-kira 300 peserta Melayu termasuk puluhan kaum India dan Cina.

Jamal mendakwa mereka yang hadir mewakili beratus NGO Melayu, India dan Cina yang akan digerakkan untuk menghadapi Himpunan Bersih 5 tidak lama lagi.
Bagaimanapun, sesetengah daripada mereka yang hadir sidang akhbar gerakan itu di perkarangan PWTC hari ini seolah-olah tidak tahu cerita sebenar.

Mereka yang ditemui Malaysiakini kebanyakannya mendakwa mereka berada di sana untuk menyokong 'keamanan, Jamal dan BN'.

Beberapa orang lain mendakwa mahu 'memusnahkan Bersih', meskipun tidak dapat menjelaskan perbezaan warna baju mereka.

Tidak ramai juga yang sedar mengenai saman difailkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset yang dibeli menggunakan wang daripada dana 1MDB, yang menjadi sebab mengapa BERSIH 2.0 merancang untuk mengadakan himpunan mereka.

Loh Chan Soy berkata beliau datang dari Klang untuk hadir ke himpunan Baju Merah, namun apabila
ditanya mengapa dia datang, Loh berkata : "Susah mau jawab. Kita datang harap aman saja."

Apabila ditanya adakah beliau faham maksud DOJ, Loh berkata "Saya tak tahu. Kita harap aman saja. Saya tak tahu."

Ditanya sama ada Malaysiakini boleh menemu bual rakan yang mengiringi beliau, Loh berkata, "Ini (kawan) lagi kurang tahu."

Seorang lagi lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Raja Kamal turut mengatakan "Saya tidak tahu" apabila ditanya mengenai perkara yang sama.

Beliau mendakwa antara 40 orang yang datang dari Sabak Bernam ke PWTC dengan menaiki sebuah bas.

Sementara itu peserta lain Sarimalinggam Doraisamy menegaskan mereka bukan datang ke himpunan itu untuk 'membantah kerajaan Malaysia'.

"Kita datang bukan untuk bantah kerajaan Malaysia. Kita faham isu...kita datang untuk bersatu dengan masyarakat," katanya yang mendakwa mewakili Persatuan Kebajikan India Malaysia.

"Saya pun tak tahu apa maksud dia (DOJ)," sambil menambah beliau tahu mengenai 1MDB tetapi
tidak pasti isu yang dibangkitkan.

Sementara itu Raziq Razihan, berkata beliau tidak mendengar ucapan Jamal mengenai DOJ tetapi datang bersama kawan-kawannya dari Keramat untuk menyokong beliau dan Barisan Nasional bagi "memusnahkan BERSIH."

Ketika ditanya mengapa beliau mahu 'memusnahkan BERSIH', remaja berusia 19 tahun itu berkata, "Sebab dia colour (warna) kuning kita warna merah."

Jamal sebelum ini mendakwa BERSIH dan pembangkang berselindung di belakang pelajar yang mengetuai perhimpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur semalam.

Beliau mendakwa pelajar dan peserta himpunan jahil terhadap saman sivil DOJ dan dibayar oleh pembangkang untuk menghadiri perhimpunan itu.

Semalam, kira-kira 1,500 menyertai himpunan #TangkapMO1 untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya mengenal pasti, menyiasat dan mendakwa individu yang disebut 36 kali dalam saman sivil DOJ.

Satu lagi Gerakan Merah yang diketuai Datuk Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju membatalkan himpunan balas pada saat akhir kerana mendakwa himpunan #TangkapMO1 adalah himpunan 'budak kecil'.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa