Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 25, 2016

Kerana inilah juga aku terpaksa panjat tangga pejabat TNB Kota Bharu

Sistem bil TNB dinaik taraf mengelirukan, bebankan pengguna
Posted on Wednesday, August 24 @ 14:02:18 MYT by paktam
Oleh SM Mohamed Idris

Sejak dua bulan lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menerima pelbagai aduan daripada pengguna berhubung bil TNB. Di antara aduan yang diterima termasuklah pusingan bil yang panjang menyebabkan bayaran menjadi terlalu tinggi, tidak menerima bil bulan Julai dan menerima bil dengan catatan nombor akaun bukan milik mereka

Cuma baru-baru ini sahaja CAP menyedari bahawa pengguna berhadapan dengan segala masalah ini berikutan TNB sedang mempertingkatkan sistem bil mereka. 

TNB telah mengeluarkan Kenyataan Akhbar yang mengumumkan bahawa sesetengah pelanggan akan lewat menerima bil mereka disebabkan kerja-kerja naik taraf tersebut. Namun  kenyataan pada 6/8/2016 itu cuma disiarkan oleh beberapa akhbar sahaja dan agar sukar untuk menamakannya sebagai “memberi maklumat”. Kenyataan TNB juga terlambat dua bulan jika mereka ingin menaik taraf sistem mereka, TNB sepatutnya memaklumkan lebih awal kepada pengguna dan kesulitan yang mungkin mereka alami.

Hanya selepas kami membaca artikel yang dimuatkan dalam salah satu akhbar berbahasa Malaysia beberapa hari lalu baharulah kami akhirnya mendapat serba sedikit penjelasan mengenai aduan yang kami terima, antaranya:-

· Pusingan bil yang panjang menjadikan bil TNB lebih mahal

Jika pusingan bil melebihi 31 hari bagi sebarang bulan, TNB akan mengenakan bayaran kepada pelanggan berdasarkan faktor ‘prorate’ tersebut – nisbah antara tarikh bil dan jumlah hari dalam bulan berkenaan – bagi mereka yang berada dalam lingkungan blok Tarif  Domestik  dan blok Tarif Komersial Voltan Rendah.

. Tidak menerima bil bulan Julai

Disebabkan kerja-kerja menaik taraf sistem bil, pelanggan akan lewat menerima bil masing-masing dan sesetengahnya akan menerima bil Julai dan Ogos sekali gus dalam bulan Ogos.

· Menerima bil dengan nombor akaun bukan milik mereka

Menaik taraf sistem bil menyebabkan nombor akaun TNB bertukar dari sistem 14 digit ke sistem 12 digit. Justeru, nombor akaun yang kelihatan ganjil pada bil TNB terkini sebenarnya adalah nombor akaun 12 digit pengguna yang baharu.

Memberikan segala maklumat ini kepada hanya satu akhbar berbahasa Malaysia adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab di pihak TNB kerana jumlah pembacanya tidak meluas. Maklumat sama perlu diberikan kepada semua akhbar utama dan stesen berita beberapa bulan lalu bagi memastikan orang awam lebih bersedia menghadapi kesan dari perubahan ini. Kami berasa agak kecewa dengan pendekatan TNB berhubung perkara ini yang ternyata telah mengelirukan pengguna.

Kami juga membantah keras hakikat bahawa ramai pengguna akan menerima bil Julai dan Ogos mereka sekali gus dalam bulan Ogos. Di dalam artikel tersebut, TNB dikatakan tidak akan memotong bekalan elektrik bagi mereka yang lewat menerima bil bulan Julai mereka, namun ini nampaknya tidak ada sebarang kaitan. Peribahasa ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ bertepatan dengan kedudukan kewangan semasa ramai penduduk Malaysia. Satu hal yang perlu disoal ialah apa akan berlaku kepada pengguna yang dibebankan dengan dua bil dalam sebulan dan tidak mampu membayarnya sekali gus? Bolehkah mereka mendapat jaminan bahawa bekalan elektrik mereka tidak “dipotong”?

Kami berkata ia sepatutnya begitu. Apatah lagi pihak TNB tidak mengambil langkah-langkah proaktif dalam menangani kesulitan pengguna apabila ia menaik taraf sistem bil tersebut. Oleh itu kenapa orang awam perlu menanggung beban ekoran tindakan mereka?

Satu-satunya cara TNB boleh bertanggungjawab terhadap tindakan mereka ialah dengan memansuhkan bil bulan Julai pengguna domestik. CAP meminta pihak berkuasa yang bertanggungjawab memantau hal ehwal “tenaga” seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Suruhanjaya Tenaga memastikan tindakan ini diambil. Lebih baik lagi, TNB perlu melakukannya secara sukarela sebagai cara mengganti rugi pelanggan mereka. 

SM Mohamed Idris
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang

# Dahlah setelah meter ditukar baru, bill mencanak........ni pulak aku keliru dengan nombor akaun baru. Aku dah pun bayar bill bagi Julai dan Ogos di atas akaun lama melalui maybank2u

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa