Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 27, 2016

Mayat wanita dijumpai dalam bagasi di perangkap sampah Sungai Klang

Ogos 26, 2016 20:39 MYT
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata ia ditemui seorang pekerja pembersihan pada kira-kira pukul 1 tengah hari. - Foto PDRM

KUALA LUMPUR: Mayat wanita yang sudah reput dijumpai dalam sebuah bagasi beroda yang tersangkut pada perangkap sampah Sungai Klang di Jalan Harper, Bandar Baru Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata ia ditemui seorang pekerja pembersihan pada kira-kira pukul 1 tengah hari.

Beliau berkata bagasi mengandungi mayat yang tiada pengenalan diri itu disyaki dibuang di tempat lain sebelum dihanyutkan sehingga ke perangkap sampah berkenaan.

"Mayat wanita itu ditemui memakai singlet dan berskirt labuh warna hijau. Dia juga memakai pendakap gigi, berkulit cerah dan berambut panjang keperangan hingga ke paras bahu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagasi mengandungi mayat yang tiada pengenalan diri itu disyaki dibuang di tempat lain sebelum dihanyutkan sehingga ke perangkap sampah berkenaan. - Foto PDRM

Katanya anggota badan wanita berkenaan diikat rapat disyaki untuk dimuatkan ke dalam bagasi berwarna hitam itu. Mangsa berketinggian 157sm dengan anggaran berat 50 kilogram dan dianggarkan berusia dalam 30-an.

Mohd Yusoff berkata mangsa dipercayai seorang warga tempatan berikutan terdapat kesan suntikan BCG pada lengan kirinya dan pemeriksaan lanjut menemui bekas jahitan 'caesarean' di perut.

Hasil bedah siasat di Hospital Shah Alam menunjukkan tiada kesan tikaman, tetakan atau luka dan tidak dapat dipastikan sama ada mangsa dirogol sebelum dibunuh kerana keadaan mayat yang reput dan sukar diperiksa.
Mangsa dipercayai seorang warga tempatan berikutan terdapat kesan suntikan BCG pada lengan kirinya. - Foto PDRM

Mana-mana individu yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, ASP Ahmad Osman di talian 012-6794297. - astroawani

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa