Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 23, 2016

'U-turn' macam ni buat orang marahkah?

Khairuddin buat 'u-turn' akan sertai Bersatu
22 Ogos 2016 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan akhirnya menetapkan pendiriannya untuk menyokong Part Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah enggan menyatakan sokongannya sebelum ini terhadap parti yang diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Beliau dalam kenyataannya menjelaskan, beliau menerima nasihat Dr Mahathir yang mahukan semua pihak bersatu hati bagi menguatkan jentera parti Bersatu.

"Saya berikrar untuk turun ke akar umbi secara proaktif bagi menyokong kepimpinan parti baru ini. Sama ada saya berada di dalam atau di luar tidak penting. Asasnya kita kena sokong dengan penuh komitmen.

"Sebarang perbedaan pendapat harus diketepikan buat masa ini. Yang paling penting ialah semua ahli-ahli atau penyokong parti Bersatu harus memberi taat setia tanpa berbelah bahagi kepada presiden protem untuk mengemudikan parti yang sedang didaftarkan ini," ujarnya.

Semalam jawatankuasa protem Bersatu mengadakan sidang media pertamanya di Rumah Kelab Universiti Malaya.

Justeru daripada pemerhatiannya terhadap kenyatan di buat oleh Presiden protem Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pengerusi protem bersatu Tun Mahathir, ujar Khairuddin lagi, menunjukkan dasar kepimpinan dan hala-tuju Bersatu cukup jelas kini.

"Sekarang sudah tiba masanya untuk semua pihak bersatu dan menggembeleng tenaga secara habis-habisan ke arah menjayakan hasrat dan harapan rakyat untuk parti ini mengorak langkah bagi selamatkan Malaysia.

"Saya tidak mempunyai konflik peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin malahan saya juga adalah sebahagian dari penyokong setia beliau.

"Ketika beliau dipecat dari Umno, saya adalah di antara penyokong yang berada di kediaman beliau sehingga tengah malam untuk memberi sokongan moral padanya.

"Dalam apa jua keadaan, saya terpaksa akui bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah tokoh terbaik untuk memimpin parti Bersatu.

"Pengalaman politik beliau amat luas dan dikenali sebagai tokoh pemimpin yang senantiasa melontarkan buah pemikiran yang cukup bernas pada setiap masa.

"Sebagai lambang taat setia saya pada Tun Mahathir secara rendah diri saya akan senantiasa akur pada nasihat tokoh negarawan ini. Hal remeh temeh akan diketepikan sama sekali," ujarnya.

Datuk Seri Khairuddin (kiri) dilihat bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas berakhirnya sidang media diadakan semalam.

Khairuddin pada 5 Ogos lalu mengeluarkan kenyataan beliau tidak berminat menyertai parti baharu Bersatu kerana mahu berjuang sendirian diluar parti tanpa mengunakan pentas politik.

Bagaimanpun kenyataan beliau menimbulkan tanda tanya wujudnya hubungan keruh antara Muhyiddin dan Khairuddin berhubung penubuhan parti baharu. Khairuddin juga berjanji akan mengadakan sidang medianya pada 10 Ogos untuk menerangkan perkaras sebenar, bagaimanapun dibatalkan niatnya itu apabila Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara menjalani rawatan.

Dengan kenyataan terkini ini menunjukkan beliau kini sehaluan dengan pendirian jawatankuasa dan kepimpinan yang diterajui Muhyiddin untuk berjuang bersama Bersatu.

"Insya-Allah, saya akan turut serta bagi memantapkan agenda parti di bawah kepimpinan Tan sri Muhyiddin disamping Tun Mahathir dan Datuk Seri Mukhriz demi untuk menyingkirkan perdana menteri paling korup dalam sejarah politik negara atas tujuan utama menyelamatkan Malaysia yang tercinta ini.

"Agenda untuk singkirkan Najib mengikut saluran undang-undang, membuat reformasi institusi-institusi kerajaan seterusnya agenda selamatkan Malaysia akan menjadi teras perjuangan saya.

"Dalam apa jua keadaan, saya akan berpegang erat pada segala nasihat Tun Mahathir bagi memperkasakan parti Bersatu secara kadar segera demi untuk memenuhi hasrat atau harapan rakyat jelata kearah meletakkan semula negara Malaysia di atas landasan yang terbaik bagi kesejahteraan bangsa, agama serta tanahair tercinta ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa