Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 29, 2016

Pemacu pena TMJ: Ada 279 halaman, KJ perlu masa

Ada 279 halaman, saya perlukan masa baca pemacu pena - KJ  
Ogos 29, 2016 14:44 MYT
Ada 279 halaman, saya perlukan masa baca pemacu pena - KJ
Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum ini telah menyerahkan pemacu pena yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku FAM kepada Khairy. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menjelaskan beliau memerlukan masa untuk membaca semua dokumen yang terkandung dalam pemacu pena yang diserahkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Katanya beliau hanya mula membaca secara terperinci kandungannya malam tadi dan mengakui tidak boleh menghabiskannya dalam masa satu malam.

Pemacu pena itu didakwa mengandungi maklumat mengenai ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Ada 279 halaman mengenai laporan itu dalam pemacu pena tersebut. Ia diberikan kepada saya pada Jumaat...saya mempunyai sedikit waktu lapang pada Sabtu dan Ahad tetapi masih terlibat dalam beberapa program seperti FitMalaysia pada Sabtu dan satu lagi acara pada sebelah petang.

"Saya hanya dapat membacanya malam tadi. Anda perlu beri saya sedikit masa untuk membaca semua dokumen itu. (Selepas itu) Saya akan maklumkan kepada anda langkah seterusnya," kata Khairy.

Beliau bagaimanapun enggan menjawap soalan lain mengenai pemacu pena itu.

Terdahulu, Khairy melancarkan acara separuh maraton HSN21KM tajaan Proton Holdings Berhad yang akan menjadi acara utama sambutan Hari Sukan Negara pada 8 Okt ini di Dataran Merdeka, di kementeriannya.
Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menyerahkan pemacu pena yang didakwa mengandungi pelbagai maklumat mengenai ketirisan dan salah laku FAM kepada Khairy.

Tunku Ismail memutuskan untuk menyerahkan pemacu pena berkenaan kerana tidak mahu mempunyai sebarang masalah dengan FAM, selain mahu memberi tumpuan kepada kelabnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa