Monday, August 22, 2016

Kalau untuk perkara yang baik, kenapa kepoh?

Pas nafi dijemput MB ke program cakna rakyat
22 Ogos 2016 | MALAYSIA DATELINE
Ustaz Zakaria Dagang menafikan dakwaan mengatakan YAB Menteri Besar menjemput YB Ahli Parlimen Kuala Nerus

Penolong Setiausaha PAS Terengganu Ustaz Zakaria Dagang menafikan dakwaan mengatakan Menteri Besar Terengganu, Haji Ahmad Razif Abdul Rahman menjemput Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali menyampaikan kuliah di Surau Kg Baru Seberang Takir malam tadi.

"Sedikit penjelasan berhubung majlis Kuliah Maghrib dan Solat Hajat di Surau Kg Baru Seberang Takir malam tadi bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham yang berpunca daripada dakwaaan pihak tertentu," tulis beliau di status facebooknya..

Majlis tersebut katanya, adalah salah satu acara yang diatur dalam program YB Cakna Rakyat Dun Seberang Takir bagi Unit Peti Undi (UPU) Kg Baru dan UPU Seberang Takir Pantai yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan PAS Dun Seberang Takir.

"Oleh kerana surau itu berhampiran dengan rumah YAB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu, YB Ahli Parlimen Kuala Nerus memaklumkan sepatah kepada beliau berkenaan majlis itu.

"YAB Menteri Besar bersetuju untuk hadir sama dan menaja jamuan untuk majlis itu," katanya.

Jadi katanya, kalau ada dakwaan mengatakan YAB Menteri Besar menjemput YB Ahli Parlimen Kuala Nerus menyampaikan kuliah itu adalah tidak berbangkit.

"Tegasnya, program itu adalah program PAS, YAB Menteri Besar dan para penyokongnya hanya menumpang sahaja," katanya.

program YB Cakna Rakyat bagi Unit Peti Undi (UPU) Kg Baru dan UPU Seberang Takir Pantai dalam Dun Seberang Takir itu ermula dengan Kuliah Subuh oleh hli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri, di Surau Mat Jaafar, Seberang Takir.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kuala Nerus di perkarangan Surau Ayah Hitam Wan Ali, Kg Baru Seberang Takir.

Dalam majlis itu turut disampaikan sumbangan untuk golongan miskin, ziarah ke beberapa buah rumah golongan MOSWA di dua UPU ini.

Program diakhiri dengan Kuliah Maghrib oleh YB Ahli Parlimen Kuala Nerus di Surau Kg Baru Seberang Takir.

Menurut Zakaria, majlis kali ini menjadi lebih istimewa dan unik, bahkan julung-julung kali apabila di surau itu menghimpunkan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman politik.

"Lebih istimewa lagi apabila turut hadir ialah YAB Haji Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu.

"Semoga program ini memberi hasil yang positif kepada kelangsungan perjuangan kita, in syaà Allah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa