Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 22, 2016

Tidak akan mudah jika berurusan dengan PAS di bawah Hadi!

PRU14: Parti Bersatu bakal adakan rundingan pengagihan kerusi
Tan Su LinAstro Awani |  Ogos 21, 2016 17:31 MYT
PRU14: Parti Bersatu bakal adakan rundingan pengagihan kerusi
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, rundingan bersama parti-parti berkenaan akan diadakan sebaik sahaja pendaftaran parti tersebut diluluskan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mengintai beberapa kerusi untuk dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), termasuk di kawasan PAS dan PKR.

Menurut presiden penaja parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, rundingan bersama parti-parti berkenaan akan diadakan sebaik sahaja pendaftaran parti tersebut diluluskan.

Menyedari bahawa parti itu tidak boleh bersendiri dalam membentuk kerajaan, rundingan itu perlu bagi memastikan wujudnya pertandingan satu-lawan-satu menentang Barisan Nasional (BN) dalam PRU14 nanti.

"Kita ada maklumat dan data diperincikan mana-mana kawasan dianggap sesuai. Mungkin sebahagian kerusi ini sudahpun diagihkan kepada PAS dan PKR tetapi kalau mereka faham bahawa tujuan kita adalah sama-sama untuk bekerjasama, maka asas-asas rundingan itu akan kita lakukan."

"Apa yang penting prinsipnya, adalah 'winnability' iaitu peluang untuk meraih kemenangan. Siapa yang boleh meraih kemenangan dan mungkin parti itu boleh menunjukkan dia menarik sokongan sebahagian besar pengundi di kawasan yang ditandingi, maka parti itu harus diberikan peluang bertanding di kawasan itu," kata Muhyiddin pada sidang media Jawatankuasa Penaja Parti Bersatu di sini, hari ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan bertanding di kerusi parlimen Pagoh yang ditandinginya sebagai Timbalan Presiden UMNO dalam pilihan raya umum lalu.

Ditanya mengenai rancangan bertanding di kerusi Pekan yang kini dipegang Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya, "Sudah pasti... sama ada parti Bersatu atau sahabat-sabahat dalam parti yang kita bekerjasama."

Ini merupakan sidang media pertama parti itu sejak permohonan daftar parti kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 9 Ogos lalu.

Turut hadir ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama barisan penaja Bersatu yang lain.
Ini juga merupakan kemunculan pertama Tun Dr Mahathir di khalayak ramai selepas keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani rawatan jangkitan dada minggu lalu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa