Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 31, 2016

Penyertaan Husam dalam Amanah: Ini respon Mad Yaacob dan Nik Amar

Penyertaan Husam dalam PAN tak jejaskan Pas
DI KOTA BAHRU - 31 AUG 2016
Penyertaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam Parti Amanah Negara (Amanah) tidak menjejaskan PAS, kata Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk menjangka kekuatan Amanah terutama di Kelantan selepas penyertaan Husam dalam parti itu malam tadi.

"Nak tahu kuat ke, tak kuat ke, tunggu pilihan raya (umum) nantilah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kebangsaan 2016 di Stadium Mini Majlis Daerah Ketereh di sini, Rabu.

Husam, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya malam tadi.

Beliau dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-UMNO.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu sedia berdepan dengan mana-mana parti termasuklah Amanah pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata keputusan Husam untuk menyertai Amanah adalah pilihannya sendiri selepas dibuang daripada PAS sebelum ini. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa