Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 27, 2016

Tubuh 'sukarelawan 1MDB'?

Husam: Tubuh 'sukarelawan 1MDB', sebar maklumat di kampung

Sebuah badan sukarelawan bagi memberi penerangan tentang isu 1MDB di kawasan luar bandar perlu ditubuhkan, kata Datuk Husam Musa.

Bekas naib presiden PAS itu berkata, badan yang digelar sebagai 'Sukarelawan 1MDB' itu perlu ditubuhkan bagi menyalurkan maklumat antaranya mengedarkan risalah ke kawasan kampung.

Ia bertujuan supaya masyarakat di luar bandar turut mendapat maklumat berkaitan dakwaan penyelewengan melalui 1MDB, kata Husam.

"Kalau kita cetak risalah maklumat sehingga satu, dua juta helaian akan nampak bezanya dan kita memerlukan sukarelawan. Kita kena pastikan maklumat sampai seluasnya.

"Kalau kita dapat edar risalah ke tiap-tiap rumah Melayu dengan fakta tentang 1MDB, saya yakin tak ada orang akan berani duduk di sebelah Datuk Seri Najib (Razak)," katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin di 'Wacana Harapan- 1MDB ke mana hujungnya?' di Petaling Jaya malam tadi.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan hadirin berhubung inisiatif yang perlu dilakukan bagi memastikan penduduk kawasan luar bandar turut merasai 'gelombang' berhubung isu 1MDB agar perubahan dapat dilakukan.

Selain Husam turut menjadi ahli panel ialah Peguam Matthias Chang, Zainur Zakaria, bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim serta jurucakap gerakan #TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof.

Selain itu, Husam yang juga ADUN Salor itu berkata, sekiranya risalah itu dapat diedarkan, tidak akan ada golongan 'ustaz' yang akan duduk diam melihat penyalahgunaan wang rakyat.

Ini kerana, katanya, pada masa ini golongan tersebut tidak menganggap kerajaan melakukan satu jenayah.

"Kalau skandal wang rakyat jelata hilang tidak dianggap jenayah agama, macam mana lagi jenayah agama dalam kerajaan ini?" katanya.

Sementara itu, Zaid pula berkata, beliau mengharapkan agar parti baru - Parti Amanah Negara (AMANAH) - dapat menggunakan isu 1MDB ini sebaik mungkin untuk menambat hati rakyat.

Ia termasuk menambat hati rakyat di kawasan luar bandar, kata Zaid.

"AMANAH perlu guna platfom isu ini... Jadikan parti ini sebagai parti baru Melayu-Islam dan guna isu 1MDB. Ia merupakan isu terbaik kalau isu ini tak dapat mencuit hari orang Melayu Islam dengan skandal sebesar dan sejelas ini, nak tunggu isu apa lagi? GST? Isu ini 10,000 kali lebih dari GST," katanya.

Sementara itu, bagi Matthias, negara kini berada pada tahap merbahaya dengan isu 1MDB yang melanda negara ketika ini.

Katanya, isu penggubahan wang haram adalah satu jenayah yang sangat besar dan ia akan menjadi barah politik pada negara.

Sehubungan itu, Matthias yang telah menyaman 1MDB di Amerika Syarikat (AS) meminta supaya masyarakat di negara ini mengutamakan Tuhan berbanding individu atau parti.

Jelas Matthias, perkara itu penting memandangkan setiap agama menggesa umatnya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

"Saya meminta dan saya merayu kepada anda semua. Mudah sahaja, semua orang sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu, tugas pertama yang dilakukan sebagai manusia ialah mentaati Tuhan.

"Tugas kedua ialah untuk menegakkan keadilan dan kebenaran kerana itu merupakan tugas yang diperintahkan Tuhan.

"Dahulukan tuhan berbanding diri sendiri. Jika tak dapat buat pengorbanan kecil ini jangan bercakap," katanya.  - # REFORMASI 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa