NAJIB: MANA MARUAH PEMIMPIN BERSATU?
Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata tiada sebab untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ditubuhkan.
Kata perdana menteri perbezaan pendapat sentiasa boleh dibincangkan dalam semangat kekeluargaan dan bukannya dengan menubuhkan parti baru dan menyerang Umno.
Hal itu demikian, kata Najib, kerana Umno adalah sebuah parti keramat.
Beliau turut mengkritik tiga bekas orang kuat Umno – Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir – yang kini didakwanya bekerjasam dengan DAP serta pembangkang lain.
“Muhyuddin pernah mengutuk DAP sebagai parti totok cauvinis tetapi kini dia duduk sebaris dengan Lim Kit Siang.
“Di manakah prinsip mereka? Dalam politik jangan biarkan misai menyentuh tanah. Maknanya apa? Maknanya pertahankanlah maruah dan harga diri,” katanya merasmikan mesyuarat agung tahunan Umno Tasek Gelugor di Pulau Pinang hari ini. – Malaysiakini via msl

VIDEO TERKINI: Dr Mahathir: Adakah Riza Aziz anak tiri Agong?
KLIK BACA: Angan angan Najib
Masih ada lagikah maruah Najib? Seluruh dunia bercakap tentang Malaysia berkaitan kecurian duit negara, hari ini Najib sembang pasal maruah? Bermaruahkah Najib setelah membohongi rakyat tentang 1MDB selama ini?
ReplyDelete