Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 26, 2016

Bersatu rasa nak cari penyakit ke?

Kerjasama dengan Pas antara formula terbaik Bersatu menang kerusi
26 Ogos 2016 | DALIA ISMAIL
Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) alu-alukan sebarang kerjasama dengan Pas antara formula terbaik dalam menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau selaku Timbalan Presiden Protem Bersatu  berkata, beliau menyambut baik kesediaan Pas untuk rundingan pembahagian kerusi pembangkang namun tumpuan Bersatu adalah kerusi yang pernah dimenangi Umno.

Justeru tidak wujud kemungkinan Bersatu akan mengambil kerusi yang pernah di menangi oleh Pas dan Pakatan Harapan.

"Kita alu-alukan sebarang kerjasama dengan Pas antara yang kita nampak formula terbaik hadapi PRU jika kita ada kerjasama dan kesepakatan pembangkang soal pembahagian kerusi pilihan raya.

"Kalau mereka sudah keluar kenyataan terbuka dalam hal ini, itu yang dinantikan," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Rabu berkata, Pas sedia membuka ruang perbincangan dengan parti yang ingin bekerjasama dengannya termasuklah Bersatu yang dilaporkan sedang mengintai kerusi pembangkang.

Bagaimanapun bekas menteri besar Kedah ini berkata, Pas dan Pakatan Harapan perlu memulihkan hubungan politik antara mereka agar tidak mengulangi kesilapan pernah dilakukan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada Jun lalu.

"Mereka hendaklah fikirkan bagaimana pulihkan hubungan itu. Kita nampak jika ada pertindihan kerusi membabitkan beberapa kawasan jika berlaku tiga atau empat penjuru, seakan kita menyerahkan kerusi itu kepada BN dan Umno seperti berlaku di Sungai Besar dan Kuala Kangsar," ujarnya.

Jelas Adun Ayer Hitam ini lagi, Bersatu tidak akan berebut kerusi dengan Pas atau Pakatan Harapan walaupun tumpuan Pas, PKR dan Amanah kepada sokongan Melayu.

Ditanya di manakah kawasan yang paling sesuai Bersatu bertanding bagi mengelakkan pertindihan kerusi berlaku membabitkan tiga parti itu?

"Kerusi yang amat sesuai Bersatu bertanding sebenarnya, adalah kerusi Umno yang mana majoriti Melayu. Kerusi Umno yang pernah mereka menang tipis dalam PRU-13 lalu, di situ Bersatu berpeluang untuk menang besar.

"Kalau kita lihat Bersatu ini sebagai parti peribumi, walaupun keahlian bercampur tidak semua dari kalangannya bekas Umno, di situ kita akan duduk berbincang soal pembahagian kerusi.

"Jarang sekali tradisi Umno berdepan dengan DAP dalam pilihan raya, begitu juga Bersatu," ujarnya yang merujuk kepada kenyataan Nik Amar keengganan Pas bekerjasama dengan DAP dan Amanah dalam soal pembahagian kerusi pada PRU akan datang.

Pada 9 Ogos lalu bekas timbalan perdana menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden protem Bersatu telah menyerahkan borang pendaftaran parti baharu kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS),kini masih lagi menunggu kelulusan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa