Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 24, 2016

Isytihar harta: Tamparan keatas menteri wilayah

Pengarah, pegawai DBKL isytihar harta Jumaat ini
mk -  Hari ini 24 Ogos 2016, 12:02 tengahari
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, semua pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diarahkan untuk mengemas kini data peribadi termasuk mengisytiharkan harta masing-masing Jumaat ini.
Mhd Amin berkata, arahan untuk melakukan pengisytiharan itu itu merangkumi pengarah eksekutif, pengarah-pengarah jabatan dan semua kakitangannya, lapor Utusan Malaysia.
Ujar beliau, langkah itu bagi menunjukkan kesediaan DBKL dalam memberikan kerjasama sama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes membabitkan pegawai kanan pihak berkuasa tempatan itu.
"Kita serius dalam memastikan semua kakitangan DBKL bebas daripada kegiatan salah laku membabitkan rasuah dan pengubahan wang haram. Saya mengarahkan semua kakitangan untuk mengemas kini data peribadi dan harta bagi tujuan tersebut.
"Malah perkara ini bukan baharu, sebaliknya dilakukan setiap dua kali dalam tempoh setahun. DBKL juga tidak teragak-agak untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM bagi membantu siasatan dijalankan secara telus dan adil," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Mhd Amin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pegawai kanan DBKL berpangkat Datuk Seri yang ditahan SPRM kerana didakwa terlibat dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
Mengulas lanjut, Mhd. Amin berkata, tindakan tegas seperti tata tertib malah pemecatan akan diambil sekiranya siasatan mendapati ada pegawai yang terlibat dengan kesalahan jenayah sedemikian.
"Bagaimanapun, segala keputusan akan diserahkan kepada pihak SPRM untuk menentukan dakwaan itu sama ada benar ataupun sebaliknya.
"Kita tunggu laporan dan hasil siasatan yang dijalankan. Buat masa sekarang, saya tidak mahu mengganggu siasatan yang dijalankan pihak SPRM," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Mansor berkata, beliau tidak akan membuat pengisytiharan hartakepada umum kerana bimbang keluarganya menjadi sasaran penjenayah.
Bekas ahli perniagaan itu berkata ada pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika aset dimilikinya diumumkan secara terbuka.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa