SEMBANG-SEMBANG DENGAN GHOIB… WALI TUJUH TANAH MELAYU..
Oleh Sahabat Shahpaskal
Oleh Sahabat Shahpaskal
Assalamualaikum…. Salah sejahtera buat semua..
1. Terlebih dahulu saya mulakan dengan lafaz Al-Fatihah dihadiahkan buat semua yang masih hidup dan juga yang telah pergi termasuklah para arwah baik dari kaum keluarga kita sendiri mahu pun para mukmin dan rijalul-ghaib yang lain.
2. Apa yang tertulis kat sini sebenarnya macam menyalin-semula transkrip perbualan antara sifu saya, Tuan Shah dan kawannya Incik Kirol dengan Almarhum Sultan Abdul Samad yang berkisar tentang alam kewalian kat Tanah Melayu ni. Saya masa dua teman ni berbual, saya duk senyap je.. Sibok mendengor kate orang perok..
3. Ok, Kalau kat Tanah Jawa dan Indonesia amnya, saudara kita di sana ada Wali 9 yang membentuk satu majlis muzakarah kewalian yang mengendalikan aspek-aspek kewalian dan ghaib bagi masyarakat Islam di sana dan dibantu ratusan lagi wali-wali ghaib lain.
4. Juga, kita pulak ada majlis sedemikian yang dikenali sebagai Wali 7 Tanah Melayu. Emm… Agak-agaknya siapalah para rijalul-ghaib yang menganggotai majlis ni..? Kat internet, bermacam-macam nama ulama disebutkan. Ada yang tepat, ada yang tidak. Yang tidak tu bukanlah bermakna tak layak, tu semua anugerah Illahi… So jangan pertikaikannya.. Saya ni tukang report je..
5. Kita mulai dengan yang pertama. Beliau adalah Penghulu Wali 7 di Tanah Melayu. Beliau ditabal-ghaib oleh Sheikh Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati @ Wali Qutub Nusantara). Mandi tabal-ghaib ini seiras macam mandi tabal raja-raja kita sekarang cuma ada acara tertentu saja. Dalam hal ini, beliau (Sultan Abdul Samad) dimandikan di sumur atau telaga mata air di Cirebon dan juga di Kawali, Ciamis.
6. Wali ghaib yang keduanya, Almarhum Sultan Abdul Hamid iaitu Sultan Kedah yang memerintah dari tahun 1882 hingga 1942. Baginda juga adalah datuk kepada Tuanku Sultan Kedah sekarang dan semasa hayatnya dikenali sebagai seorang sultan yang punyai karomah dan amat dihormati semua rakyat Baginda sehinggakan potret Baginda masih banyak digantung di kediaman oleh rakyat Kedah sampai kini. Silalah rajin-rajin cari kisahnya..
7. Yang ketiga pulak, beliau tak lain tak bukan adalah Almarhum Tok Kenali dari Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan). Perihal Tok Kenali ni dah banyak diceritakan oleh khalayak dan tak perlulah dinyatakan lagi kat sini.
8. Manakala itu, empat lagi tidaklah saya diberitahu namanya semasa dalam perbualan Sultan Abdul Samad dan Tuan Shah berkenaan. Kalau saya pandai-pandai tulis nanti, tak eloklah sebab tak ada pihak ketiga yang dengar. Cukuplah saya katakan yang ke-empatnya adalah juga dari Kelantan-Pattani. Wali ghaib ke-lima pula dari Terengganu, ke-enam dari Negeri Sembilan dan yang ke-tujuh dari Johor.
9. Bagaimanapun, saya dah beberapa kali berjumpa dan berada di majlis yang dihadiri kesemua wali-wali ini (Wali 7) dan kebetulan pula juga ramai lagi wali-wali lain.
10.Sekarang kita tengok pulak perihal ulama bertaraf wali yang masih hidup. Sultan Abdul Samad maklumkan, buat masa ni kita dah tak ada ulama bertaraf ‘wali hidup’ kecuali hampir 300 orang bertaraf ‘wali kecil’. Harap kawan-kawan faham apa bezanya ulama hidup yang bertaraf wali kecil dan wali. Bagaimanapun, yang wali besar tu tetaplah Wali 7.
11.Umumnya, Wali ni ulama yang menguasai ilmu luar dan dalam serta dianugerahi ilmu laduni tahap tinggi serta berkaromah besar. Bagaimanapun, sekarang ni ada dua ulama iaitu satu di Kedah dan satu di Kelantan yang bakal mencapai taraf wali hidup. Cuma namanya, saya tak dapat nak bagi tau. Nanti tak pasal-pasal ramai yang cari mereka-mereka ni.
12.Wali kecil yang seramai hampir 300 orang tu pulak, majoritinya berada di Kedah dan Kelantan. Cuma musykil sikit, nampaknya tak ada ulama aktif politik yang disebutkan, baik yang hidup mahupun yang telah meninggal.. Entahlah apa sebabnya. Wallahualam.. Oppss… Lupa.. Kat K.L ni, rasanya tak ada seorang pun, cuma kaki wallap je yang ramai..
13.Ni kat Indonesia pulak, wali kecilnya berjumlah ribuan orang. Manakala wali hidup pula kurang sepuluh orang termasuk seorang ulama hikmah yang berada di Makkasar, Sulawesi yang sering saya rujuki.
14.Seseorang ulama bertaraf wali ni hidupnya dah benar-benar zuhud. Tak macam kita, zuhud time tido je.. Ye laahh…Time tido je kita lupa benda-benda mewah dan angan-angan jadi kayoo…Chat conversation end
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa