Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 17, 2016

“Adakah Pas Kelantan telah nyanyok?”

Pas Kelantan tergugat, ahli, penyokong mula hidu kerjasama dengan Umno
Posted by admin Date: December 17, 2016
Pas kini mula berasa tergugat kerana mereka bukan sahaja telah kehilangan sokongan daripada pengundi bukan Melayu, bahkan pengundi mereka sendiri mula beralih sokongan kerana perubahan sikap yang ketara dengan Umno, tegas Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed.


Katanya, selama ini Pas dilihat bersikap keras dengan Umno, namun sekarang mereka menjadikan DAP sebagai sasaran serangan, sedangkan Pas dan Umno tidak pernah bertanding menentang DAP dalam pilihanraya.

“Hampir semua kawasan yang ditandingi oleh DAP samada diperingkat Parlimen dan Dun, lawan DAP ialah MCA/Gerakan/MIC/ SUPP atau lain lain parti bukan Melayu,” ujar beliau.

Amanah tegasnya bersama parti-parti pembangkang lain yang terdiri daripada PKR, DAP dan PPBM sanggup mengenepikan segala permasalahan dan perbezaan pendapat demi untuk mengumpul kekuatan untuk menentang BN.

Beliau hairan, adalah terlalu aneh jika Pas masih berpandangan dan menuduh apa yang dilakukan ini sebagai tongkat kepada Umno.

Ustaz Che Ibrahim berkata, Pas sebenarnya cuba menutup sikap mereka yang sekarang ini lebih mesra kepada Umno kerana dibimbangi penyokong bawahan mereka mula menghidunya dengan menuding jari kepada pihak lain.

“Adakah Pas Kelantan telah nyanyok?” Tanya beliau lagi.

“Kita tidak tahu, apakah fokus Pas sekarang ialah menentang BN, atau sebenarnya mereka menjadi alat kepada Umno untuk menentang parti pembangkang yang lain terutama Amanah dan Dap,” tegas beliau. - sumber

2 comments:

  1. Pan sejak jadi budak suruhan dap lupa bahawa yang takut kalah teruk adalah pan kerana pan dah tahu bila undi pecah yang menang ialah UMNO. Bila kalah teruk Pan akan dihalau oleh abang besarnya. Tiada lagi fulus...kemenangan ehm..ehmmm poket kembung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya yg dpt dedak gred A rm 90 juta tu sapa èk....

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa