Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, December 12, 2016

Bayangan jelas Parti Pribumi Bersatu akan bersama PH

Kita bersama ke Putrajaya, kata Anina
12 Disember 2016 | DALIA ISMAIL
Anina Saadudin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meyambut baik usaha Amanah dalam barisan parti gabungan pakatan pembangkang untuk bersama parti itu membantu menumbangkan Umno-BN.

Ketua Srikandinya, Anina Saadudin berkata,PPBM sejak awal penubuhannya telah menyatakan dengan jelas akan menempuhi Pilihan Raya Umum ke-14 bersama Pakatan Harapan.

"Objektif kami jelas mahu memastikan Najib turun sebagai perdana menteri sekaligus menumbangkaan BN dan kita bersama ke Putrajaya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau semalam hadir sebagai pemerhati dalam Konvensyen Amanah Nasional di SACC Shah Alam pada hari kedua konvensyen itu berlangsung.

Anina melihat kemunculan Amanah sejak setahun lalu adalah selari dengan matlamat dan hasrat parti itu ketika mula ditubuhkan.

Beliau berharap urusan perundingan PPBM untuk bersama dalam barisan Pakatan Harapan akan berjalan lancar.

"Saya percaya hasrat itu masih lagi dipegang pemimpin PPBM dan inilah yang kita capai bersama hari ini dalam menghadapi PRU14 nanti.

"Saya doakan semoga urusan rundingan perbincangan dengan pucuk pimpinan parti kami bersama Pakatan Harapan berjalan lancar," ujarnya.

Mengulas mengenai keengganan dan syarat yang diberikan Pas kepada PPBM sekiranya parti itu mahu jalinkan kerjasama politiknya.

"Secara peribadi kita kena 'move on'. Jika Pas nak sertai Pakatan Harapan... alhamdulillah.

"Masa sangat mencemburi kita jadi kita tiada masa untuk berritorik dengan Pas yang belum ada pegangan yang tepat dan kukuh tentang hasrat utama rakyat.

"Ini bukan berkaitan dengan parti tetapi ini berkaitan rakyat. Di luar sana rakyat sedang menangis dan merintih mahukan pembelaan.

"Jadi parti politik seperti kita inilah harus bertangungjawab membawa harapan rakyat ini untuk kita menang dalam PRU14.

"Perbezaan ideologi harus diketepikan pada masa ini rakyat perlu diutamakan," ujarnya yang memberitahu secara asasnya kehendak parti itu akan lebih tertumpu untuk bertanding pada kerusi yang di menangi BN dalam PRU13 lalu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa