Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 8, 2016

Cerita minggu lepas: Hina Mahathir, Orang Kedah mengamuk!

M.kri:
*PERWAKILAN KEDAH TAK DAK AKAI SANGGUP BIAQ ORANG KEDAH DIHINA.JANGAN CABAR ORANG KEDAH*

*KELMARIN 1 Disember 2016, kita diHINA.*

*Orang Kedah diHINA di Perhimpunan Agong. Penghinaan ini dikepalai oleh Presiden Umno Najib Razak dan ikuti oleh pimpinan parti termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil.*

*Jangan kita lupa tarikh ni. Tarikh di mana orang Kedah dipandang hina dan dihamun oleh pimpinan parti kita.*

*Lebih malu, orang Kedah yang hadir di Perhimpunan kali ini, tak dak sorang pun bangkit mempertahankan MARUAH kita.*

*Nak kata tak dak akai, semua ada otak.*

*Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin dikutuk dan dihina oleh Najib dan sebelum itu, Khairy Jamaluddin dan Shahrizat turut serta.*

*Apa perwakilan Umno Kedah buat di PWTC? Makan angin?*

*Baik buruk Tun Mahathir, dia lah yang menaikkan nama Kedah selama ini. Baik buruk Tun Mahathir, hampa, Ketua Bahagian Kedah tak ke mana. Tanpa Dr Mahathir hampa bangsat dan merempat seperti mana selepas Mahdzir Khalid "serahkan" Kedah kepada PAS.*

*Kita tak kata Dr Mahathir betui dan kita tak kata Dr Mahathir salah. Tapi kenanglah jasa.*

*Puak Kedah termasuk Bashah Mat Hanipah hidup dalam politik serba sedikit kerana Dr Mahathir, kalau tidak hampa tak dak apa pun.*

*Semalam Dr Mahathir dihina. Tak seorang pun dari hampa mangkit mempertahan maruah Kedah.*

*Kalau nak kritik, kritiklah. Tapi bila melampau, tak kan kita biaq sampai macam tu.*

*Dalam pertandingan bola, semasa Piala Malaysia baru ni, kita sokong Kedah tak berbelah bagi. Menang pun kita sokong, kalah pun kita sokong. Cuma tahun ni kita menang.*

*Selama ni kita sokong Dr Mahathir, dan kalau nak kritik pun kritik lah. Tapi bila melampau, kita kena buat sesuatu.*

*Apa yang Dr Mahathir buat pada Najib yang kita kata salah?*

*Salahka Dr Mahathir TANYA?*

*1. Salahka Dr Mahathir tanya pasai penyelewangan dalam 1MDB?.*

*2. Salahka Dr Mahathir tanya macamana duit 2.6 billion Ringgit tiba-tiba ada dalam akaun Najib? .*

*3. Salahka Dr Mahathir tanya sapa yang derma RM2.6 bilion kat Najib?*

*4. Salahka Dr Mahathir tanya pasai hutang 1MDB berjumlah RM42 billion Ringgit?*

*5. Salahka Dr Mahathir tanya pasai apa tanah kerajaan dijual dengan harga murah?*

*6. Salahka Dr Mahathir tanya mana Najib dapat duit untuk kenduri anak dia, bunga dari bumbung sampai ke lantai? Salah ka?*

*7. Salahka Dr Mahathir tanya bila nak tangkap Jho Low padahai di court singapore macam-macam cerita keluaq macam mana Jho Low sapu duit kita? Salahka?*

*8. Salah ka Dr Mahathir bangkit cerita DOJ?*

*9. Salah ka Dr Mahathir tanya pasai apa Najib nak rahsia laporan PAC?*

*10. Salah ka Dr Mahathir tanya mana anak Rosmah, Riza, dapat duit beli harta dan joli di Amerika Syarikat.*

*Kita boleh list berpuluh soalan Dr Mahathir. Semua soalan ni Najib tak jawab cuma duk ulang "saya bukan penyamun".*

*Kita tak tuduh dia menyamun, kita suruh dia jawab soalan-soalan ni. Jawablah.*

*Jawab tak mau, tapi duk hentam Tun dalam perhimpunan.*

*Awat hampa ingat kami tak dak maruah, tak dak perasaan.*

*Ketua-ketua bahagian Kedah yang pi PWTC, awat hampa tak dak akai.*

*Ada kawan cakap ada perwakilan marah kat PM kerana hina Kedah. Ada yang kata depa kesian kat Tun. Kalau sebelum ini depa marah sebab Tun tubuh Bersatu, bila Najib hentam Tun, depa naik kesian pada Tun.*

*Ada yang rasa Najib hina depa dengan hentam Tun. Lega juga dengaq ada perwakilan Kedah yang ada sikit akai.*

*Kepada Shahrizat, apa beza hang dengan orang lain. Hang ingat boleh lupa kes lembu dan kes lembu dalam kondo?*

*Kepada KHAIRY, kami tak akan lupa ucapan hang masa perhimpunan Pemuda.*

*Hang pun mudah lupa. Hang lupa jasa orang tua 91 tahun kat bapa hang dan keluarga hang.*

*Nak mengkritik boleh. Tapi ada adab dan limit dia.*

*Hang ingat kami tak tau apa Tun buat untuk bapa hang. Macam mana bapa hang boleh jadi Duta di negara besaq-besaq.*

*Tanya mak hang, kalau hang tak tau. Mak hang orang Kedah. Kenai Dr Mahathir. Tanya mak hang betui dak Mukhriz pernah tidoq di rumah bapa hang kerana hampa kenang jasa Tun letak bapa hang sebagai Duta.*  - ABDURRAHMAN ABDULLAH via WhatsApp

3 comments:

  1. Terbukti walaupun lulusan oxfart ke atau alazhar ke, kalau dok atau bersekongkol dgn Ameno.....memang kaldei.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya nak jaga tembolok masing2. Jgn percaya kpd org2 mcm tu

      Delete
  2. selagi berkuasa..selagi itulah segala kesalahan pada pemimpin juga ketua2 unmo yg lain tidak akan dapat di bukti dan di sabit kan kerana kuasa di tengab mereka.semua dalam gengaman dalam kawalan..
    bagi kalah sekali...berterabur pemimpin umbo masuk penjara

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa