Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 3, 2016

Definisi hidup Melayu merangkumi Jho Low RM42 Billion dan Pimpinan Negara China, Bapak Komunis Dunia RM144 Billion

03 Disember 2016 | DR SYED ISKANDAR SYED JAAFAR AL MAHDZAR
Ketika ini sebuah parti Melayu sedang mengadakan persidangan yang kebiasaannya dihadiri oleh majoriti ahli ahlinya yang masih susah dan hidup meminta minta manakala pewakilan yang terdiri daripada Ketua Bahagian dan Cawangan pula sekalipun tidak hidup meminta minta kerana sudah senang lenang terpaksa hidup untuk terus menjaga hati pimpinan utama parti mereka kerana cuma dengan menjaga hati bekalan vitamin wang dapat di jamin berterusan.

Acara bertepuk tangan dan memuji muji pemimpin ibarat orang mabuk ketum tanpa menyedari majoriti golongan rakyat dalam keadaan susah. Meningkatnya golongan penerima BRIM dianggap sebagai kejayaan adalah sesuatu yang pelik.

Kononnya pemimpin mereka adalah anugerah Allah swt ini juga tiada biasa dengan perlantikan Jeneral Sisi Mesir yang diwar-warkan oleh golongan pengampu tegar sebagai anugerah Allah swt.

Kemunafiqan melanggar sumpah pegang jawatan di putar belitkan menunding jari kepada bekas pemimpin besar mereka yang telah bersara. Namun semasa menerima perlantikan pegang jawatan Perdana Menteri daripada Yang Di Pertuan Agong komitmen untuk berlaku jujur dengan melafazkan sumpah berat Wallahi Wattallahi Wallhamdullillah hirrabil alamin.

Parti Melayu ini mendakwa mereka menjaga kepentingan melayu. Melayu mana yang dijaga agaknya? J low itu Melayu barang kali? Pemimpin utama negara China itu melayu barangkali sehingga seolah olah menjual dan menggadai pelbagai projek infrastruktur keselamatan negara bernilai lebih RM144 billion kepada negara Bapa Komunis itu.

Apa kata PDRM agaknya, bila sedikit masa lalu Mat Sabu di katakan menghina kaum keluarga anggota polis ketika insiden bukit kepong seolah olah Mat Sabu membela komunis? Kenapa perlu beria ia abu mayat Chin Peng tidak di izinkan pulang ke Sitiawan Perak ? Chin Peng adalah ikan bilis saja dalam pertubuhan Komunis jika nak di bandingkan dengan negara China di mana pimpinan utama negara beria ia mendapatkan pelbagai bantuan kewangan.

Telah sekian lama lesen perbankan susah hendak di keluarkan namun cuma dengan lawatan rasmi yang begitu panjang untuk sesebuah negara iaitu seminggu, lesen perbankan di keluarkan oleh negara kita kepada negara komunis berkenaan. Justru ianya akan lebih mudah untuk negara komunis berkenaan mengeluarkan pelbagai bentuk pembiayaan mengikut polisi dan dasar ibupejabat bank mereka di negara komunis China.

Projek projek infrastruktur keselamatan negara dengan mudah di berikan kepada negara komunis justru jika berlaku apa apa sabotaj oleh mereka ianya amat mudah mereka lakukan memandangkan mereka adalah penyumbang dana modal yang utama. Dengan satu butang sahaja kemalangan keretapi laju terbesar dunia boleh berlaku. Dengan satu perintah sahaja serangan udara boleh dilakukan ke dalam bandar Kuala Lumpur memandangkan lapangan TUDM Sungai Besi kini milik China untuk tujuan pembangunan dan di gantikan dengan lokasi yang lebih jauh daripada bandar Kuala Lumpur. Malah dengan satu butang sahaja sumber tenaga elektrik boleh terhenti memandangkan salah satu daripada syarikat pengeluar tenaga elektrik bebas , Edra kini di miliki oleh syarikat syarikat kumoulan negara komunis China.

Bagaimana pula dengan kedudukan pertubuhan Polis Bantuan yang biasanya menjadi pertahanan aspek keselamatan di pelbagai syarikat syarikat infrastruktur keselamatan negara yang kini mungkin pemegang saham utamanya adalah syarikat syarikat negara komunis China? Polis bantuan sekalipun di luluskan oleh Ketua Polis Negara namun gaji mereka dibayar secara terus oleh syarikat syarikat dimana mereka bertugas. Justru kesetiaan mereka ini, apakah kepada syarikat yang membayar gaji mereka ataupun kepada KPN dan PDRM yang mengeluarkan kebenaran di bawah Akta Polis 1967.

Tidak menghairankan jika kita menganggap perbuatan menjual dan menggadai pelbagai aset keselamatan penting negara atas nama perniagaan sebagai satu pengkhianatan kepada negara sepertimana yang termaktub di bawah Kanun Kesiksaan.

Apa agaknya persidangan parti melayu berkenaan akan kata, hidup melayu? Namun yang sebenarnya sepatutnya di laungkan hidup negara bapak komunis dunia! Jangan marah, nanti kena jual kata P Ramlee dalam filem 3 Abdul kepada Ahmad Nisfu namun inilah hakikatnya, tak perlu marah mesti bersuka ria.

Isu budak berbangsa cina J Low seorang diri yang mendapat faedah daripada dana RM42 billion mengalahkan kesemua jutaan penerima BRIM dan mereka yang hadir di persidangan berkenaan masih lagi melaungkan hidup melayu dan kononnya pemimpin mereka anugerah Allah swt.

Apa pentingnya projek mencantikkan kawasan tugu negara sebanyak RM650 juta atau lebih lagi kosnya itu dikala pelbagai harga barangan naik dan kejatuhan nilai ringgit hingga menyebabkan ada penukar wang di luar negara enggan menerima ringgit sekalipun di nafikan oleh segolongan pembohong sebagai tidak benar. Adakah mungkin projek tugu juga merupakan salah satu lagi cara untuk mengambil dana untuk kepentingan peribadi semata mata?

Apa pentingnya untuk membina Menara Warisan PNB dengan membazirkan berbillion wang rakyat? Apa pentingnya institusi seperti Felda dan Tabung Haji berniaga dalam bidang yang bukan mereka punyai kepakaran hingga menyebabkan kedua dua terpaksa menjual aset mereka untuk untuk menunjukkan kononnya mereka masih ada tunai?

Mudahnya perwakilan wanita parti melayu di kelirukan oleh samseng sharif dol kampong dusun kononnya YB Rafizi di hukum kerana memfitnah ketua mereka yang mempunyai iras wajah seperti lembu betina itu. Sebenarnya YB Rafizi dijatuhkan hukuman kerana di anggap membocor rahsia negara di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan bukannya kerana ketua mereka tidak membela lembu dalam kondominium.

Namun Akta Rahsia Rasmi 1972 sepatutnya merujuk cuma kepada perkara perkara yang membawa kepada isu isu keselamatan negara bukannya untuk menutupi perbuatan jenayah mencuri wang negara sebanyak RM256 juta dimana keseluruhan ahli keluarga yang asalnya menganggur mendapat pendapatan puluhan atau ratusan ribu sebulan untuk bertugas di syarikat yang kononnya untuk menambahkan bekalan daging lembu negara.

Teringat kita pada peribahasa, bodoh macam lembu, siapa agaknya yang bodoh di sini, hidup Melayu, hidup Melayu.

Kononnya jika Pakatan Harapan berkuasa, DAP memerintah negara dan DAP kononnya bahaya kerana DAP itu parti majoritinya bangsa Cina. DAP takkan dapat menguasai negara kerana mereka mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang amat sedikit dalam Dewan Rakyat kerana mereka tidak bertanding di kesemua kerusi Parlimen semasa setiap pilihanraya umum.

Persoalan pokok ialah jika DAP ditakuti kerana Cinalah atau kerana kononnya hubungan dengan PAP Singapuralah atau kerana komunis lah—sekarang persoalannya ialah adakah J Low yang kaya raya seorang diri mengalahkan kesemua jutaan penerima BRIM itu berbangsa melayu. Jika benar J Low itu melayu, hidup J Low hidup J Low.

Seterusnya jika benar DAP hendak ditakuti kerana berbangsa Cina dan komunis , agaknya para pemimpin negara bapak komunis dunia China itu berbangsa Melayu. Jika benar begitu, hidup negara komunis China, hidup negara komunis China.

Apakah pasokan keselamatan negara khususnya PDRM dan ATM tidak merasai apa apa bila hampir segenap aspek kewangan negara akan di kuasai negara komunis China? Apakah ini bukan satu pengkhianatan pada negara? Apakah masih perlu hormat, masih perlu takut, masih perlu berbaik baik kepada pemimpin negara yang semacam ini? Tidakkah mereka ini sepatutnya ditahan reman di siasat di dakwa dan dihukum?

Bukan sedikit jenayah pembunuhan kejam berlaku yang dikaitkan dengan dengan mereka, apakah sebagai pasokan keselamatan negara kita masih mahu berdiam diri? Tugas pasokan keselamatan negara ialah menjaga keselamatan negara bukannya menjaga penjenayah berat suami isteri yang memimpin negara, jangan salah faham.

Gaji bukan dibayar oleh para penjenayah tetapi daripada hasil cukai dan sumber kewangan negara justu kesetiaan patut cuma kepada negara semata mata. Bermesyuaratlah, siasatlah atau mengadaplah Majis Raja Raja mahupun Yang Di Pertuan Agong dan Timbalan baginda.

Watikah perlantikan pegang jawatan di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebagai perdana menteri di iringi dengan sumpah pegang jawatan untuk berlaku jujur dengan lafaz Wallahi…. Justeru kegagalan berlaku jujur bermaksud menderhakai Yang Di Pertuan Agong yang di lantik oleh Majlis Raja Raja Melayu. Bawalah perkara ini ketengah segera dan bertindaklah sewajarnya, InshaaAllah demi kebaikan negara juga.

Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan bahawa Yang Di Pertuan Agong adalah pemerintah tertinggi angkatan tentera dan ini di sahkan dalam pelbagai provisi Akta Angkatan Tentera 1972.

Manakala, “command and control’ pasokan PDRM terletak sepenuhnya kepada YDH Ketua Polis Negara manakala Menteri Cuma bertanggungjawap hal hal logistik seperti nak bina balai polis baru dan sebagainya. Justru siapapun menjadi menteri tetap bertanggungjawap menjaga hal hal logistik PDRM.

Yang Di Pertuan Agong pada bulan Julai 1958 menanugerahkan gelaran di raja kepada pasokan polis persekutuan tanah melayu yang kemudiannya menjadi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Justru anugerah Yang Di Pertuan Agong itu patut dilaksnakan dengan penuh tanggungjawab dalam menahan para penjenayah sebenar sekali pun VVIP.

Jika kita gagal bertindak untuk menahan, mendakwa dan menghukum penjenayah sebenar adalah lebih baik , dibebaskan kesemua penjenayah yang kini di penjarakan kerana pelbagai kesalahan jenayah memandangkan penjenayah-penjenayah berat kesalahan membunuh, dalang pembunuhan, penggubahan wang haram, pengkhianatan kepada negara dan lain-lain masih lepas bebas dan dihormati serta dipuji melambung-lambung sebagai konon anugerah Allah swt. Hidup Melayu, hidup Melayu betulkah melayu yang hidup atau J Low dan negara bapak komunis yang sebenarnya hidup?

Sukarnya untuk mendapat seorang seperti Hang Nadim dalam parti Melayu berkenaan kerana mereka ramainya barangkali percaya yang rezeki datang daripada manusia bukannya Allah swt. Wallahualam.

Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar ialah peguambela dan peguamcara

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa