Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 15, 2016

Ini Aziz yang kata. Lebai-Lebai PAS ada firasat lain......

Aziz Bari: PAS tak mampu bertahan, rugi tak sertai Pakatan Harapan
Posted on Tuesday, December 13 @ 18:47:07 MYT by paktam
PETALING JAYA: PAS dilihat tidak lagi mampu bertahan di Selangor dan keengganan parti Islam itu menyertai Pakatan Harapan hanya merugikan mereka sendiri, kata ahli DAP, Dr Abdul Aziz Bari. Malah, katanya, rancangan PAS membentuk blok politik berasingan tanpa musuh ketat, Amanah dan DAP juga tidak akan mendatangkan masalah kepada Pakatan Harapan.

“Saya tidak melihat PAS boleh bertahan di Selangor dengan senario politik yang ada. Pada saya yang ruginya PAS.

“Pendekatan apa yang dia boleh buat. Orang pun dah label (PAS). Lagipun PAS di Selangor banyak kerusi mereka di kawasan marginal. Kawasan Melayu PAS (di Selangor) juga masih belum mampu menang mengatasi Umno,” katanya kepada FMT.

Malam tadi, PAS Selangor menganjurkan Ceramah Mega Rakyat di Paya Jaras yang menyaksikan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkongsi pentas dengan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil presiden PKR, Sivarasa Rasiah sambil disaksikan lebih 1,000 penyokong.

Semalam, Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman dilaporkan berkata, ceramah mega itu antara usaha mendampingi PKR dan PPBM bagi membentuk blok politik berasingan dan pihaknya sengaja tidak menjemput Amanah serta DAP kerana parti berkenaan tidak ada hubungan dengan mereka, walaupun kedua-duanya dianggap sekutu PKR dan PPBM.

Aziz berkata, ceramah mega di Paya Jaras itu tidak berjaya dan membuktikan PAS mahu bergerak bersendirian.

“Saya kira tidak ramailah. Makna kalau kita nilai berdasarkan pemimpin kanan itu sepatutnya kehadiran 2,000 hingga 3,000 orang.

“Saya lebih melihat ceramah semalam itu nak mengesahkan dia (PAS) nak jadi pemain tunggal,” kata bekas pensyarah undang-undang itu.-FMT

2 comments:

  1. Kah Kah Kah..... Mamat pandai kata kat PAS tak mampu bertahan tp dia sendiri tak mampu bertahan dlm PKR mgkn tak cukup dedak kot terus lompat ke DAP.... kahak ptui!

    ReplyDelete
  2. biarkan luncai yg sombong terjun dengan labunya..
    agenda bergabung dengan umno/bn itu yg membuat pas berani berkokok menguak dada .
    kerana itu la mereka sanggup bersendirian..konon mereka kuat..

    dalam semsk ada duri
    ayam kuning buat sarang
    org sombong selalu rugi
    macam pas parti politik matang

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa