Pengumuman

Mulai esok (11 Julai 17) blog ini tidak akan diupdate Oleh kerana blog ini dan blog yang satu lagi mengandungi bahan yang sama, saya rasa adalah wajar untuk menghidupkan satu blog sahaja iaitu mountdweller88 untuk dilayari dengan mudah tanpa gangguan insya Allah Saudara/saudari persilakan ke - mountdweller88.blogspot.com

Sunday, December 11, 2016

Kerja pembangkangkah ni?

Saturday, 10 December 2016
MEMANG PALSU, TAPI SURAT INI KERJA SIAPA?

Dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah menyatakan ikrar taat setianya kepada Najib Razak serta dalam masa yang sama meminta hubungan beliau dengan Hishammuddin Hussein tidak dilaga-lagakan.

Cukup-cukuplah melagakan saya dengan Hisham, kata Zahid.

Najib dalam ucapan penggulungannya kemudian menyatakan penuh kepercayaannya kepada Zahid, malah katanya, beliau tidak risau sama sekali jika Naib Presiden UMNO yang sedang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden itu berada di belakangnya.

Tetapi, sejak malam tadi tiba-tiba berlegar surat yang ditandatangani oleh Zahid Hamidi yang kandungannya meminta Najib meletakkan jawatan, sambil menyenaraikan kabinet bayangannya.
Siapa pun yang otaknya masih waras, pasti dengan mudah mengenali bahawa surat itu adalah palsu. Mana mungkin, baik Zahid atau sesiapa pun jika menulis surat, sambil mendesak perletakan jawatan, dalam masa yang sama turut menyenaraikan kabinet bayangannya?

Selain palsu, ia juga mungkin dibuat sedemikian rupa dengan tujuan-tujuan tertentu yang hanya pembuatnya saja yang tahu.

Soalnya, siapakah punya angkara munculnya surat itu?

Adakah ia dilakukan oleh geng Hishammuddin yang mahu melaga-lagakan Najib dengan Zahid?

Adakah ia dilakukan oleh kumpulan penyokong Najib yang tidak senang dengan Zahid dan mula merasakan Naib Presiden itu merupakan ancaman?

Atau mungkinkah ia dilakukan oleh penyokong Zahid sendiri? 

Tetapi, sebagai jalan mudah, sudah tentu akhirnya pembangkang juga yang dipersalahkan, meskipun ia sebenarnya adalah kerja orang-orang UMNO sendiri. (SH 10/12/2016).

Posted by Shahbudin Husin at 07:45

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa