Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 8, 2016

Pas seperti ‘sesumpah’ yang boleh berubah rupa

Penganalisis: Pas ibarat ‘sesumpah’
MUHAMMAD FAIZ SULONG - 8 DISEMBER 2016
SHAH ALAM - Parti Pas perlu menyatakan pendirian mereka dari segi sokongan dan pendekatan politik yang ingin dibawa kerana dalam situasi sekarang, parti Islam itu dilihat seolah-olah sebuah parti yang tidak konsisten pendiriannya.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan kepada Bersatu bahawa mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan DAP dan Amanah jika mahu bekerjasama dengan Pas.

“Pas sebenarnya adalah parti yg tidak konsisten pendiriannya. Saya rasa daripada menyatakan kritikan kepada Bersatu, baik Pas nyatakan pendirian dari segi sokongan  dan pendekatan politik yang ingin dibawa. 

"Dalam keadaan sekarang Pas seperti ‘sesumpah’ yang boleh berubah rupa apabila tiba masanya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Kenyataan Takiyuddin juga sedikit sebanyak menimbulkan spekulasi tentang kedudukan dan masa depan Pas di peringkat kerajaan negeri Selangor apabila dilihat terdapat kemungkinan percanggahan pendirian antara Pas pusat dan negeri.

“Dari segi prinsipnya, Pas Selangor perlu mengundurkan diri. Adalah tidak teguh prinsip perjuangan menyokong Pakatan di Selangor tetapi tidak di peringkat Pusat. Rakyat akan berpersepsi tidak molek kepada Pas. “Bersatu pula memang sebelum ini menyatakan hasrat supaya Pas menyertai Pakatan, namun saya tidak pasti pendirian terkini Bersatu. 

“Mungkin Bersatu sudah putus asa dengan pendirian Pas yang tidak jelas. Jadi, dalam pengamatan saya, kemungkinan Pas untuk tidak menyertai Bersatu dan Pakatan adalah tinggi,” katanya.

1 comment:

  1. BN bukan musuh Pas. Musuh Pas ialah org asli dan mana parti yg membela OA.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa