Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 8, 2016

Seandainya ahli2 PAS tahu apa yang dilakukan oleh Haji Abdul Hadi sekarang…

UG-Unity Government

Di saat majoriti rakyat Malaysia gembira menyambut kemenengan PR dalam PRU 12 diawal tahun 2008, rupanya ada sekumpulan manusia yang gelisah dan gelabah dengan kemenangan PR ini.

Mereka adalah terdiri beberapa dari kalangan ulama dan pemimpin Pas khususnya di dua negeri iaitu di Perak dan Selangor. Mereka bukan sahaja tak gembira tetapi  tidak dapat menerima kenyataan bahawa BN dapat dikalahkan oleh PR.

Apa yang telah dilakukan oleh kumpulan ini ialah sesuatu yang diluar jangkaan malah bertentangan dengan matlamat PAS dan parti-parti pembangkang yang lain pada masa itu iaitu untuk mengalahkan BN dan mengambilalih pemerintahan negara dan menamatkan segala ketidak-adilan dan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dan BN.

Kumpulan ini yang terdiri Haji Abdul Hadi, Dr Hasan Ali dan beberapa pemimpin Pas yang lain telah bertemu dengan beberapa orang pimpinan UMNO untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan BN dan seterusnya menafikan kerajaan yang akan dibentuk oleh PR di Perak dan Selangor.

Namun rancangan ini gagal kerana telah mendapat bankangan yang keras dari Ustaz Ahmad Awang yang menjadi Pesuruhan Jaya Pas Perak pada masa itu.

Bagi Ustaz Ahmad Awang kerajaan campuran yang cuba diusahakan oleh Haji Abdul Hadi dan beberapa pimpinan PAS yang lain jelas mengingkari amanah yang telah diberi oleh rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama melalui undi iaitu untuk mengembalikan pemerintahan negara ke landasan yang benar.

Kalaulah  usaha Haji Abdul Hadi ini berjaya ianya bukan sekadar merosakkan imej PAS malah yang lebih teruk lagi imej Islam yang dibawa oleh PAS itu sendiri.

Ironiknya, walaupun pemimpin2 PAS ini turut juga menikmati hasil kejayaan dari kerajaan PR khususnya di Selangor dan Pulau Pinang, namun idea pembentukan kerajaan campuran(UG- Unity Government)  masih diteruskan terutama sekali oleh Haji Abdul Hadi dan Dr Hasan Ali.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai penyelamat.

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya sedar dengan gerakan pembentukan UG ini dan Tuan Guru sendiri telah menulis sendiri hampir separuh penuh muka surat dalam Harakah (tahun 2009) menentang idea UG ini dan tidak akan bertanggungjawab dengan segala kesan negative terhadap  politik PAS akibat  dari idea ini.  Hasilnya idea pembentukan UG ini seolah-olah mati seketika.

Setelah kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Namun dengan kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan dengan terpenjaranya Saudara Anwar Ibrahim usaha kearah pembentukan kerajaan PAS dan Umno kembali mendapat momentumnya.

Dengan satu muktamar  saja iaitu pada tahun 2015 semua pemimpin PAS yang tidak sealiran dengan Haji Abdul Hadi telah disingkirkan dengan cara yang tidak islamik , tidak demokratik dan paling tidak bertamaddun sama sekali dengan perangai dan akhlak yang tak sepatutnya ada pada pejuang Islam

Paling menyedihkan ialah terkuburnya juga Pakatan Rakyat.

Selepas itu satu demi satu rancangan kearah kerjasama PAS dan UMNO sedang dilaksanakan malah ada yang telah berjaya dilaksanakan.

Haji Abdul Hadi dan pemimpin 2 PAS yang lain kini telah boleh  bertemu,bersua-muka dan berbincang dengan pemimpin2 UMNO tanpa rasa malu dan bersalah sedikit pun.

Malah mereka menyokong  Najib dan sanggup membela Najib disaat rakyat sedang menderita akibat dari salah-urus tadbir negara dibawah pemerintahan  Najib.

Bagi pemimpin2 PAS ini semua ini iaitu segala ketidakadilan, pecah amanah dan kezaliman yang dilakukan oleh UMNO dan BN kini tidak lagi penting. Yang penting kini ialah mereka telah bersama UMNO sepertimana yang dimimpikan oleh Haji Abdul Hadi dan yang lain yang sewaktu dengannya.

Bagi UMNO dan BN yang sedang tenat, PAS telah menjadi penyambung talian hayat politik mereka. Sebagai habuan PAS kini telah dilantik oleh Najib menjadi penasihat kepada UMNO dan  juga turut memberi beberapa jawatan penting kepada pemimpin2 PAS ini dalam pemerintahan negara.

Perkahwinan tanpa kenduri.

Terlalu mudah untuk memahami naratif ini tak perlu bersekolah tinggi pun.

Tetapi amat malang sekali  “perkahwinan” PAS dan UMNO ini yang tanpa kenduri secara besar-besaran ini merupakan satu idea yang asing dan kabur bagi sebahagian ahli2 PAS terutama sekali dikalangan mereka yang mempercayai PAS sepertimana dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Dan yang lebih teruk lagi, bagi mereka apa yang keluar dari mulut Haji Abdul Hadi adalah benar belaka dan tak boleh dibangkang.

Idea “Perkahwinan” ini sengaja terus dibiarkan kabur kerana banyak lagi ahli2 PAS diluar sana pasti akan keluar PAS sekiranya mereka tahu bahawa PAS dan UMNO sebenarnya kini telah duduk dan tinggal bersama dalam satu “rumah”.

PAS ingin menjadi juara rakyat.

Bagi terus mengaburi pemikiran ahli2 PAS, PAS kini seolah-olah ingin menjadi juara rakyat bagi menentang UMNO/BN.

Sebagai contoh apa yang berlaku dalam PRK di Kuala Kangsar dan Sg. Besar pada awal tahun 2016 dimana Haji Abdul Hadi sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa parti lain tak layak bertanding untuk menentang UMNO/BN.

Hakikatnya, pemimpin2 PAS ini tahu benar bahawa mereka akan kalah sekiranya bertanding di kawasan yang undi penentunya adalah kaum bukan Melayu seperti di KK dan SB kerana sudah pasti khususnya kaum Cina tidak akan mengundi PAS di sebabkan apa yang telah dilaku oleh pemimpin2 PAS sebelum ini.

Namun ini semua tak penting kerana PAS mesti menunjukkan seolah-olah merekalah sebenarnya yang menJadi juara menentang UMNO/BN walaupun sekarang ini sudah tidak ada lagi pertentangan politik antara PAS dan UMNO kerana mereka sudah pun “bersama” dan tinggal dalam satu  “rumah”.

Dan untuk seterusnya  pemimpin2 PAS kini hanya mampu untuk bercakap dan mengeluarkan kenyataan dan tindakan politik  yang tak masuk akal, berbelit-belit dan “flip-flop” untuk terus mengaburi pemikiran ahli2 PAS demi survival politik mereka.

Begitulah adanya.

- abu hakim

1 comment:

  1. Tuan popeser ramai org sudah tahu sewaktu ketika dulu,pokok2pun sudah tahu,awan yang berarakpun sudah tahu dan bumi yang dipijakpun tahu..UG memang wujud dan diserap secara halus dlam pas atas kerjesama umno..dan pokok2pun berdesir bertiup sayu,daun2nan bergesel makanya rancangan itu telah gagal sewaktu hamba allah yang bernama armarhum ustaz nik aziz nik mat memimpin pas dan cepat menyantuni jemaah..sebab apa uG gagal..mudah sebab takde ujung dan pangkal..kita renung sejenak pas kini boleh diupama dedaun kering belegar2,berpusing2 ditiup sang bayu..seandainya dulu gabungan pas/umno dulu terbentuk..pas dengan riak akan mendabik dada mengembargembur diserata dua islam sunahwaljamaah sudah memenagi hati masyarakat berbilang kaum dimalaya..tapi soalnya menang dan menang..itu stratigi pas..umno tidak bodoh merekapun ada stratigi...orang biada minum todi hayal dgn laduni,perempuan dan wang halal haram bukan persoalan..dgn wang boleh beli agama...telah ditegaskan oleh rosulilah tentang umat akhir zaman...persoalanya adakah pas telah menjual maruahnya???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa