Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, December 16, 2016

Sultan memandu sendiri atau berjalan kaki ke Masjid bukan asing bagi rakyat Kelantan

Kisah Agong baru memandu sendiri ke masjid kini viral
16 Disember 2016 | BORHAN AHMAD
Yang Dipertuan Agong yang baru, Sultan Mohamad ke V kelihatan datang solat Maghrib di Masjid PGA Cheras

Kisah Yang Dipertuan Agung yang baru, Sultan Muhamad Ke V datang menunaikan solat di masjid dengan memamndu sendiri keretanya kini menjadi viral di laman sosial.
Yang Dipertuan Agong bersalaman dengan jamaah Masjid WP selepas solat Subuh

Mula-mula gambar baginda datang solat Subuh di Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, Kuala Lumpur menjadi viral.

Selepas itu gambar baginda datang solat Maghrib di Masjib Kem PGA Cheras dengan memandu sendiri keretana malam tadi pula menjadi viral.

"Agong solat Maghrib di Masjid Kem PGA Cheras tadi....ALLAHUKBAR..tanpa hamparan sejadah kuning dan protokol bawa kereta sendiri tu...Allahukbarrr," tulis seorang facebooker sambil menyiarkan gambar dan video baginda pulang dengan memandu kereta sendiri.

Ia disambut dengan begitu positif sekali di kalangan pengguna media sosial khasnya facebook.

"Bila rakyat berasa tertekan dengan pemerintahan Najib .. Allah hantarkan kepada kita seorang Raja yg menyenangkan hati kita .. syukur #alhamdulillah," tulis A'fif Danial Takaful Insurans.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa