Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 17, 2016

Tinjauan: Anwar masih relevan

17 Disember 2016 | MALAYSIA DATELINE
Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim masih popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan relevan dalam perkembangan politik terkini, berdasarkan tinjauan.

Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati 40% responden bersetuju bahawa Anwar perlu menerajui pimpinan Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan kecemerlangan negara.

44% responden juga bersetuju bahawa pembebasan DSAI mampu menyatukan kembali parti-parti yang menentang BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
40% responden bersetuju bahawa Anwar perlu menerajui pimpinan Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan kecemerlangan negara

Ketokohan beliau juga terserlah apabila digandingkan dalam soalan berhubung dengan tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin Malaysia.

Anwar menduduki tangga tertinggi 30% lebih popular selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan tokoh-tokoh lain.
Anwar menduduki tangga tertinggi 30% lebih popular selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dan tokoh-tokoh lain

Beliau juga menduduki tangga tertinggi sebanyak 29% menjadi pilihan pengundi Belia Selangor.

Melihat kepada perincian sokongan berdasarkan kaum, Anwar masih lagi tinggi merentasi 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.

Tinjauan ini dijalankan pada 26 Ogos 2016 hingga awal September 2016 melibatkan 1761 orang responden.

Tinjauan dilakukan secara bersemuka melibatkan kaum Melayu, Cina dan India di 56 Dewan Undangan Negari (Dun) Selangor

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa