Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, December 10, 2016

Wow.......tahniah Harith

Harith Iskander juarai Funniest Person In The World
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - 10 DISEMBER 2016
Harith Iskander - Foto Laugh Factory

PELAWAK terkenal tanah air, Harith Iskander, dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan 'standup comedy' antarabangsa, Funniest Person In The World yang berlangsung di Helsinki, Finland, sebentar tadi.

Kemenangan bergaya itu diumumkan menerusi Facebook rasmi penganjur program itu Laugh Factory.

Terdahulu, Harith yang berjaya melayakkan diri pada final pertandingan itu pada 7 Disember lalu, berjaya menduduki tempat pertama, menewaskan tujuh peserta lain yang mewakili lima buah negara pada saingan separuh akhir.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harith layak ke final Funniest Person In The World]

Sementara itu, pada saingan akhir Harith berjaya mengalahkan  pelawak dari India, Filipina, Greece dan Israel untuk merangkul juara.

Rentetan daripada kejayaan itu ribuan luahan tahniah 'menerpa' Facebook Laugh Factory, antaranya menurut Hasnah Ijam yang mengucapkan tahniah buat Harith.

"Tahniah, bangga menjadi rakyat Malaysia, alhamdulillah," tulisnya.

Sementara itu, menurut Ir Chikanos pula mengatakan dengan kejayaan itu Harith telah berjaya memegang gelaran manusia paling kelakar di dunia sekarang."Tahniah Harith, anda memang manusia paling kelakar di dunia sekarang," tulisnya.

Pertandingan Funniest Person in The World 2016 menyaksikan penyertaan dari pelawak-pelawak dari 20 buah negara bagi merebut gelaran manusia paling lawak bagi 2016.

Pemarkahan dilakukan berdasarkan dua kaedah, iaitu melalui sistem penjurian serta undian online yang dibuat oleh pengguna internet.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa